Blog

Monday, March 2, 2026

Parliamentary Debate on The Constitution (Amendment) Bill 2026 - To cap the Prime Minister's term at 10 years

Bahasa Melayu version  


1.    
Terima kasih Tuan Speaker izinkan Puchong untuk menyertai perbahasan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

2.    Puchong menyokong penuh pindaan ini atas 3 sebab utama.

3.    Pertama, pindaan ini boleh membantu mencegah skandal mega yang berkali-kali menghantui negara kita.

4.    Sejarah dunia membuktikan bahawa absolute power corrupts absolutely.

Wednesday, February 25, 2026

Speech by the Chairperson of the Special Select Committee on Women, Children and Community Development on the Issue of Stunting among Children in Malaysia | 25 Feb 2026

Bahasa Melayu Version

1.    Terima kasih Tan Sri di-Pertua kerana izinkan Puchong selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat untuk  membuat penerangan Penyata Bantut Dalam Kalangan Kanak-kanak di Malaysia yang telah dibentangkan pada 24 Februari 2026 (Selasa).

2.    Penyata ini adalah hasil libat urus dan dapatan daripada sesi pendengaran bersama:
i.                Kementerian Kesihatan (KKM);
ii.               Sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL),
iii.             Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN);
iv.             Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM);
v.              United Nation’s Children Fund (UNICEF); dan
vi.             Nutrition Society of Malaysia (NSM)
 
3.    Pertama sekali, Puchong ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini kepada dua statistik dan satu fakta berkaitan masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.

Wednesday, February 4, 2026

Expanding MyKasih to Hawkers & Small Traders (Debate on the Motion of Thanks for the Royal Address) | 26 Jan 2026 & 4 Feb 2026

Bahasa Melayu Version1.    Puchong ingin cadangkan supaya kerajaan mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan jumlah peniaga SARA bagi merangkumi lebih banyak peniaga mikro dan kecil tempatan dan memperluaskan kategori peniaga SARA dari barangan runcit sahaja untuk merangkumi penjaja-penjaja kecil makanan di medan selara seperti macik yang menjual nasi lemak dan pakcik yang menjual wantan mee dan produk-produk segar sama ada daging, sayur atau buah-buahan di pasar-pasar awam juga boleh disenaraikan sebagai peniaga SARA.

 
2.    Dengan ini, perniagaan peniaga mikro dan kecil serta penjaja-penjaja kecil akan menjadi lebih baik secara langsung dan sekaligus memperbaiki pendapatan mereka.

Monday, January 26, 2026

Stamping of Employment Contracts (Debate on the Motion of Thanks for the Royal Address) | 26 Jan 2026

 Bahasa Melayu Version

 

1.    Bermula tahun ini, LHDN menguatkuasakan supaya setiap kontrak penggajian sama ada part-time, full time, permanent, kontrak malah internship, semua perlu disetemkan dengan pembayaran duti setem sebanyak RM10 dalam masa 30 hari.

2.    Apa yang susahkan bukan pembayaran RM10 itu tetapi tambah lagi satu kerja untuk peniaga terutamanya peniaga-peniaga kecil yang kekurangan kakitangan.

Wednesday, December 3, 2025

Parliamentary Debate on Anti-Bullying Bill 2025 | 3 December 2025

  Bahasa Melayu version

1.     Terima kasih puan Speaker izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan RUU AntiBuli 2025.

2.     Pertama sekali, izinkan saya ucapkan syabas dan tahniah kepada BHEUU kerana telah membentangkan RUU Antibuli dalam masa yang begitu singkat selepas keputusan kabinet pada September 2025.

Tuesday, December 2, 2025

Briefing by the Chairperson of the Women, Children and Community Development Special Select Committee: Digital Safety & Children’s Mental Health | 2 December 2025

Bahasa Melayu Version  

PENERANGAN PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN WANITA, KANAK-KANAK DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

1.    Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat telah membentangkan dua penyata pada sidang ini, yang dibentangkan pada 1 Disember 2025 (Isnin) iaitu:
     i.    Keselamatan Digital dan Kesihatan Mental Kanak-kanak di Malaysia (DR. 33 Tahun 2025); dan
    ii.    Townhall Buli dalam Kalangan Kanak-kanak di Malaysia (DR. 34 Tahun 2025).

Thursday, November 6, 2025

Debate on the Supply Bill (Budget 2026), Ministry of Finance | 6 November 2025

 Bahasa Melayu Version

1.     Terima kasih Datuk Pengerusi izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan saya di peringkat JK Kementerian Kewangan.
 
2.     Hanya satu isu yang Puchong ingin bangkitkan pada hari. Saya ingin merujuk kepada kepada 020500 Subsidi dan Bantuan Tunai.
 
3.     MyKasih dan SARA 100 telah mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan rakyat.

Wednesday, November 5, 2025

Debate on the Supply Bill (Budget 2026), Prime Minister’s Department | 5 November 2025

 Bahasa Melayu Version


 1.     Terima kasih Datuk Speaker izinkan Puchong untuk berbahas peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.
 
2.     Puchong ingin bermula dengan B1 Parlimen, kepala 010000 Urusan Parlimen.
 
3.     Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana telah membawa RUU Perkhidmatan Parlimen yang juga telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini.

Tuesday, October 14, 2025

Debate on the Supply Bill (Budget 2026), Policy Stage | 14 October 2025

Bahasa Melayu Version

1.       Terima kasih Tuan Speaker izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan belanjawan 2026.
 
2.       Pertama sekali, Puchong ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana telah membentangkan satu belanjawan yang seimbang antara bantuan segera kepada rakyat  dan pembaharuan strategik jangka panjang.

Thursday, August 28, 2025

Parliamentary Written Questions to Minister of Finance (Mesyuarat Kedua ,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 09)

(Bahasa Melayu Version)

28 August 2025

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :

a. Sebab One&Only Desaru tidak diteruskan. Berapakah kerugian/keuntungan One&Only Desaru setiap tahun sejak pembukaannya dan bagaimana pula dengan prestasi hotel-hotel lain yang dimiliki Khazanah di Desaru?

b. Berapakah pelaburan Khazanah setakat ini bagi pembangunan bersepadu Desaru dan apakah rancangan seterusnya?

Wednesday, August 27, 2025

Speech by the Chairperson of the Special Select Committee on Women, Children and Community Development on the Issue of Bullying Among School Students | 27 August 2025

Speech by the Chairperson of the Special Select Committee on Women, Children and Community Development on the Issue of Bullying Among School Students | 27 August 2025

(Bahasa Melayu Version)


1.    Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana izinkan Puchong untuk memberi penerangan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat.

2.    Jawatankuasa Pilihan ini telah membentangkan dua penyata pada sidang parlimen ini.

 

3.    Penyata pertama ialah Penyata berkenaan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysiadi mana Jawatankuasa telah mengemukakan lapan syor utama untuk tindakan kementerian-kementerian yang berkaitan. 

 

4.    Untuk penerangan yang seterusnya, Puchong akan fokus kepada penyata kedua yang telah kami bentangkan iaitu Penyata Berkenaan Isu Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah.

Wednesday, August 20, 2025

Media Statement by Yeo Bee Yin, MP for Puchong and Chairperson of the Parliament Select Committee (PSC) for Women, Children, and Community Development on 20 August 2025 in Parliament Malaysia



Media Statement by Yeo Bee Yin, MP for Puchong and Chairperson of the Parliament Select Committee (PSC) for Women, Children, and Community Development on 20 August 2025 in Parliament Malaysia

1. The tragic death of Zara Qairina has sent shockwaves not only through Sabah but across the entire nation.

2. This incident serves as a crucial wake-up call regarding the prevalence of school bullying and highlights the urgent need for effective measures to address and prevent such behavior among students.

Monday, August 18, 2025

Parliamentary Written Questions to Minister of Health (Mesyuarat Kedua ,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 08)

(Bahasa Melayu Version)

18 August 2025

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

status pelaksanaan sistem bayaran Diagnosis-Related Group (DRG). Bilakah

sistem ini akan diperluaskan ke hospital swasta dan nyatakan rancangan

pelaksanaan.

Wednesday, August 13, 2025

Parliamentary Written Questions to Minister of Women, Family and Community Development(Mesyuarat Kedua ,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 07)

(Bahasa Melayu Version)

13 August 2025

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :

a. berapakah pengguna aktif portal sistem warga emas (eWarga Emas). Bagaimanakah portal ini dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan apakah rancangan dan sasaran Kementerian untuk memperluaskan penggunaan portal ini

b. adakah Kementerian berancang untuk membentang Rang Undang-Undang Warga Emas.

Thursday, August 7, 2025

Parliamentary Written Questions to Ministry of Energy Transition and Water Transformation(Mesyuarat Kedua ,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 06)

(Bahasa Melayu Version)

7 August 2025

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR menyatakan status Kolam Takungan Dwi-Fungsi Sungai Klang dan Sungai Rasau. Adakah status ini mengikut rancangan dan bilakah ia akan siap serta apakah langkah yang diambil Kementerian untuk memastikan projek siap mengikut garis masa.

Monday, August 4, 2025

Parliamentary Written Questions to Minister of Economy (Mesyuarat Kedua ,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 05)

(Bahasa Melayu Version)

4 August 2025 

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI EKONOMI menyatakan syarat bagi syarikat untuk mengakses ke Intellectual Property (IP) ARM. Adakah had jumlah IP yang boleh digunakan oleh sesebuah syarikat. Apakah sasaran Kementerian bagi jumlah penggunaan IP setiap tahun dalam tempoh 10 tahun ini dan sila huraikan lebih butiran berkenaan dengan ARM.

Thursday, July 31, 2025

Parliamentary Debate on RMK13 - Malnutrition and Early Childhood Education

Parliamentary Debate on RMK13 - Malnutrition and Early Childhood Education  |  31 July 2025

(Bahasa Melayu Version)


Parliamentary Debate on RKM13 - ARM Semiconductor Investment

ARM Semiconductor Investment  |   31 July 2025

(Bahasa Melayu Version)

1.    Perkara pertama yang ingin saya bangkitkan hari ini ialah Strategi Semikonduktor Nasional (National Semiconductor Strategy, NSS).

2.    Puchong mengalu-alukan hasrat murni kerajaan di RMK13 bagi melonjakkan industri semikonduktor Malaysia ke rantaian nilai industri yang lebih tinggi.

3.    Komitmen kerajaan untuk mencapai hasrat ini terbukti apabila kerajaan sanggup membayar USD250 juta, iaitu lebih daripada RM1 bilion, kepada ARM Holdings bagi kontrak 10 tahun, dengan tujuan memperkasa harta intelek semikonduktor Malaysia.

Speacial Chamber - PENGUBAHSUAIAN BAGI MENANGANI MASALAH KESESAKAN DI KLINIK KESIHATAN SERI KEMBANGAN

(Bahasa Melayu Version)

31 July 2025

Soalan

Puan Yeo Bee Yin [Puchong]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Perkara kedua yang saya ingin menyentuh ialah pengubahsuaian bagi menangani masalah kesesakan di Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Tuan Yang di-Pertua, hari ini Puchong ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat Menteri tentang keperluan untuk mengatasi masalah kesesakan di Klinik Kesihatan Seri Kembangan.

Tuan Yang di-Pertua, Klinik Kesihatan Seri Kembangan merupakan fasiliti Jenis 3, tetapi perkhidmatan yang perlu dibekalkan ialah Jenis 1 iaitu kedatangan pelanggan sehari melebihi 800 orang. Tambahan lagi, beban kerja klinik ini semakin meningkat dari 188,522 pada tahun 2021 ke 195,361 pada tahun 2022 dan 209,279 pada tahun 2023.