Bahasa Melayu Version1. Puchong ingin cadangkan supaya kerajaan mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan jumlah peniaga SARA bagi merangkumi lebih banyak peniaga mikro dan kecil tempatan dan memperluaskan kategori peniaga SARA dari barangan runcit sahaja untuk merangkumi penjaja-penjaja kecil makanan di medan selara seperti macik yang menjual nasi lemak dan pakcik yang menjual wantan mee dan produk-produk segar sama ada daging, sayur atau buah-buahan di pasar-pasar awam juga boleh disenaraikan sebagai peniaga SARA.
2. Dengan ini, perniagaan peniaga mikro dan kecil serta penjaja-penjaja kecil akan menjadi lebih baik secara langsung dan sekaligus memperbaiki pendapatan mereka.
3. Selain itu, pemilik-pemilik perniagaan kecil dan mikro juga lebih cenderung untuk membelanja keuntungan mereka daripada pemilik-pemilik saham kedai runcit rantaian.
4. Dengan ini, kita boleh mencipta secondary spending yang lebih tinggi dan sekaligus menigkatkan economic multiplier effect program SARA secara ketara.
5. Setakatdaripada kira-kira 9,000 premis perniagaan SARA, hanya 3,000 premis adalah terdiri daripada mereka yang bukan syarikat-syarikat kedai runcit rantaian seperti 99 Speedmart, KK mart serta hypermarket seperti Mydin dan Lotus.
6. Jika kita bandingkan Skim CDC Voucher di Singapura, peniaga-peniaga yang boleh menerima CDC Voucher adalah 400 supermarket rantaian seperti NTUC Fairprice, Sheng Siong dll serta kira-kira 25,000 adalah penjaja-penjaja medan selera dan peniaga-peniaga mikro dan kecil tempatan.
7. Tuan Speaker, 25,000 penjaja dan peniaga mikro dan kecil mendapat a slice of the cake bagi Skim CDC di Singapura.
8. Ini adalah 8 kali ganda jumlah peniaga kecil dan mikro yang terlibat di Malaysia
9. Persoalan untuk kita sekarang ialah, bagaimanakah kita boleh menggandakan pendaftaran peniaga SARA dalam masa tersingkat?
10. Puchong telah meneliti sistem SARA dan mendapati bahawa antara bottleneck untuk mendaftar lebih banyak peniaga kecil dan mikro ialah syarat dan tempoh kelulusan serta sistem MyKasih, yang memerlukan sistem Point-of-Sale (POS) untuk memproses transaksi menggunakan MyKad.
11. Sebagai langkah pertama, Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk mewujudkan SARA dalam bentuk voucher di e-wallet.
12. Bagi peniaga-peniaga yang ingin menjadi peniaga SARA, mereka boleh mendaftar online ataupun di pusat pendaftaran tertentu untuk mendapatkan QR code penerimaan voucher.
13. Dengan ini, proses transaksi boleh diringkaskan kerana tidak perlu sistem POS dan pengantara boleh dipelbagaikan daripada hanya MyKasih ke pelbagai pembekal perkhidmatan e-wallet seperti touch and go, duitnow, grabpay dll.
14. Dengan adanya persaingan antara syarikat-syarikat pengantara, kos transaksi juga akan diturunkan.
15. Sememangnya, perluasan peniaga SARA susah dicapai jika kita hanya menggunakan sistem MyKasih.
16. Jika kerajaan boleh melaksanakan sistem voucher yang saya cadangkan tadi, tidak susah bagi peniaga-peniaga kecil dan penjaja-penjaja untuk mendaftar menjadi penerima voucher e-wallet memandangkan banyak di antara mereka sekarang telah menerima pembayaran e-wallet.
17. Dalam masa yang sama, Puchong juga ingin menggesa kementerian kewangan untuk meringkaskan syarat untuk mendaftar sebagai peniaga SARA dan menentukan satu KPI tempoh kelulusan permohonan supaya peniaga-peniaga yang ingin menyertai SARA boleh mendapatkan kelulusan dengan cepat.