Thursday, November 6, 2025

Debate on the Supply Bill (Budget 2026), Ministry of Finance | 6 November 2025

 Bahasa Melayu Version

1.     Terima kasih Datuk Pengerusi izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan saya di peringkat JK Kementerian Kewangan.
 
2.     Hanya satu isu yang Puchong ingin bangkitkan pada hari. Saya ingin merujuk kepada kepada 020500 Subsidi dan Bantuan Tunai.
 
3.     MyKasih dan SARA 100 telah mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan rakyat.

4.     Walaubagaimanapun, perniagaan yang mendapat manfaat daripada MyKasih hanya terhad kepada kedai-kedai runcit terutamanya syarikat-syarikat kedai runcit rantaian seperti 99 Speedmart, dsb serta hypermarket seperti Mydin dan Lotus.

5.     Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk meluaskan penggunaan MyKasih untuk merangkumi penjaja-penjaja kecil bagi bukan sahaja barangan runcit tetapi makanan dan perkhidmatan tempatan.

6.     Puchong ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini kepada Skim CDC Voucher di Singapura.
 
7.     Kerajaan Singapura memberi cash handouts mereka melalui voucher di mana, ia boleh digunakan bukan sahaja kedai-kedai runcit tempatan seperti yang dilaksanakan oleh MyKasih malah juga beli makanan dari penjaja-penjaga kecil di medan selera serta memberi perkhidmatan seperti gunting rambut di peniaga kecil tempatan.
 
8.     Puchong cadangkan sebagai langkah pertama untuk  meluaskan penggunaan MyKasih seperti CDC voucher kepada penjaja-penjaja kecil kita juga

9.     Apabila penjaja-penjaja kecil mendapat lebih keuntungan, mereka akan belanja lagi pendapatan mereka lagi di ekonomi tempatan.

10.  It creates multiple cycles.

11.  Puchong percaya ia akan memberi rangsangan ekonomi tempatan yang lebih tinggi.
 
12.  Di samping itu, Puchong juga ingin cadangkan kerajaan di meluaskan saluran untuk mendaftar menjadi merchant MyKasih.


13.  Di Singapura peniaga kecil boleh memohon untuk menyertai Skim Baucar:

    i. 
Secara dalam talian melalui laman web CDC,

    ii. Melalui persatuan peniaga atau persatuan penjaja:

    iii. Melalui Penasihat Perniagaan di Pusat PKS (SME Centres) dan

    iv. Melalui Duta CDC.
 
14. Dengan ini, lebih ramai lagi penjaja-penjaja akan menerima manfaat ini and there’s be higher economic multiplier effect, dengan izin.

15. Seterusnya, Puchong ingin merujuk ke 990100 MAHB – Bayaran MARCS dan 990200 MAHB – Pengambilahilan Litar F1.

16. 
Saya ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan apakah komitmen kewangan ini? Tujuan untuk apa dan berapakah lagi yang kerajaan perlu bayar?