Thursday, July 31, 2025

Parliamentary Debate on RKM13 - ARM Semiconductor Investment

ARM Semiconductor Investment  |   31 July 2025

(Bahasa Melayu Version)

1.    Perkara pertama yang ingin saya bangkitkan hari ini ialah Strategi Semikonduktor Nasional (National Semiconductor Strategy, NSS).

2.    Puchong mengalu-alukan hasrat murni kerajaan di RMK13 bagi melonjakkan industri semikonduktor Malaysia ke rantaian nilai industri yang lebih tinggi.

3.    Komitmen kerajaan untuk mencapai hasrat ini terbukti apabila kerajaan sanggup membayar USD250 juta, iaitu lebih daripada RM1 bilion, kepada ARM Holdings bagi kontrak 10 tahun, dengan tujuan memperkasa harta intelek semikonduktor Malaysia.

4.    Puchong setuju dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa harta intelek semikonduktor Malaysia, tetapi terdapat TIGA soalan berkenaan perjanjian dengan ARM Holdings.

5.    Soalan pertama ialah adakah wajar RM 1 billion dibelanja untuk kerjasama dengan satu syarikat reka bentuk intellectual property (IP) semikonduktor dan bukan ARM bersama-sama dengan syarikat reka bentuk IP yang lain seperti Synopsys, Cadence, Rambus, dll?

6.    Puchong membaca satu artikel di The Edge bahawa perkembangan Integrated Circuit (IC) Design Park Malaysia telah mengalami bottleneck kerana akses ke akaun eletronic design automation (EDA) oleh Synopsys, Siemens dann Cadence adalah terhad, iaitu 60 akaun yang memakan peruntukkan RM5 juta setahun.

7.    Ini menunjukkan bahawa akses kepada pembekal-pembekal IP lain juga adalah penting untuk syarikat-syarikat reka bentuk IC di Malaysia.

8.    Dengan itu, Puchong ingin minta penjelasan daripada kerajaan sama ada kerjasama dengan pembekal IP lain juga akan dicapai.

9.    Soalan kedua Puchong ialah adakah Malaysia mempunyai jumlah syarikat reka bentuk IC yang mencukupi untuk memanfaat Perjanjian ARM yang bernilai RM 1 bilion dengan sepenuhnya?

10.    Puchong membaca bahawa perjanjian ini tidak merangkumi tape-out fees, iaitu yuran yang dibayar pada langkah terakhir apabila data reka bentuk cip yang lengkap dihantar ke faundri untuk pembuatan. Begitu juga dengan royalti.

11.    Apa yang dirangkumi dalam perjanjian ini ialah akses token - 7 untuk IP jenis CSS dan 25 untuk program ARM Flexible Acess (AFA).

12.    Terdapat 3 fasa NSS: Phase 1: Building On Our Foundations, Phase 2: Moving To The Frontier dan Phase 3: Innovating At The Frontier, dengan izin.

13.    Inisiatif ini terletak pada fasa dua dan tiga.

14.  NSS baru saja dilancarkan, tanpa perkembangan fasa 1, Puchong khuatir bahawa akses kepada IP ARM yang bernilai RM1 billion ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh syarikat reka bentuk IC tempatan kerana mereka belum sedia lagi.

15. Soalan ketiga yang Puchong ingin lontarkan ialah apakah rancangan kerajaan dalam membantu syarikat reka bentuk IC untuk mendapatkan permintaan?

16.    Kita perlu tahu bahawa apa yang penting untuk syarikat reka bentuk IC bukan berapa reka bentuk IC dimiliki oleh mereka tetapi permintaan reka bentuk IC mereka.

17. Adakah kerajaan akan memperolehi tools yang lain untuk membantu mereka untuk meyakinkan pembeli potensi mereka, sama ada akses kepada IP, software ataupun equipment?

18. Selain itu, adakah kerajaan akan mewujudkan commercialization funds ataupun insentif yang spesifik bagi pengeluar IC tempatan yang menggunakan reka bentuk IC tempatan? 

19. Mengikut NSS, RM10 billion akan diperuntukkan sebagai capital grants, berapakah akan digunakan untuk menggalakkan pengkomersialan reka bentuk IC tempatan?

20. Secara keseluruhannya, Puchong sokong penuh NSS tetapi ingin mendapat penjelasan yang lebih teliti bagaimana kerjasama dengan ARM fit into the plan NSS, dengan izin. Untuk membina satu ekosistem semikonduktor yang kukuh,  kerajaan perlu mengambil langkah yang lebih teratur, sistematik dan holistik