18 July 2024 (Bahasa Malaysia version)
1.
Terima kasih Tan Sri Speaker izinkan Puchong untuk turut
serta dalam perbahasan RUU pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988.
Tan Sri Speaker,
2.
Apabila menimbang dan membuat persediaan untuk
perbahasaan RUU ini, Puchong telah merujuk kepada undang-undang yang sama di
Singapura dan New Zealand dan bandingkan undang-undang ini dengan akta kita.
3.
Puchong ingin berdasarkan perbahasan hari ini dengan
bandingkan undang-undang ini secara spesifik berkenaan dengan pindaan dan
seterusnya, akta penyakit berjangkit di ketiga-tiga negara – New Zealand,
Singapura dan Malaysia, secara keseluruhannya.
Tan Sri Speaker,
4.
Malaysian Media Association (MMA) dan Galen Center telah
menyuarakan kebimbangan mereka berkenaan dengan jumlah denda/kompaun terhadap
individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini adalah terlalu tinggi,
iaitu untuk penalti am, didenda tidak melebihi RM 10,000 atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya ataupun dikompaun
tidak melebihi RM 5,000 dan untuk penalti pelanggaran peraturan-peraturan yang
dibuat dibawah akta ini, didenda tidak melebihi RM8,000 atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
5.
Puchong berpendapat bahawa kebimbangan ini adalah berasas
dan perlu ditimbang dengan serius oleh kerajaan dalam beberapa aspek.
6.
Satu adalah berkenaan dengan amaun denda. Puchong telah
bandingkan amaun yang dicadangkan dengan Singapura dan New Zealand.
7.
Bagi Singapura, seksyen 65 Infectious Disease Act 1976 Singapore
memberi peruntukkan untuk penalti am di mana, untuk kesalahan pertama, denda
tidak melebihi SGD 10 ribu dan penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya
manakala kesalahan kedua dan ke-atas, denda tidak melebihi SGD 20 ribu dan
penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya
8.
Untuk New Zealand pula, undang-undang yang berkaitan
dengan penyakit berjangkit adalah dirangkumi di Health Act 1956 - Part 3
Infectious Diseases, Part 3A Management of Infectious Diseases dan Part 4 Quarantine. penalti am adalah di Seksyen 97G dan Seksyen 136, di
mana penalti adalah tidak melebihi NZD 500 dan NZD 50 setiap hari kesalahan
diteruskan.
9.
Apabila kita menimbang sama amaun itu adalah munasabah
untuk satu populasi, Puchong berpendapat bahawa kita perlu melihat dari dua
aspek - pendapatan dan health literacy, iaitu kecelikan kesihatan.
10.
Pertama sekali, kita tengok dari segi pendapatan.
11.
Dengan gaji bulanan median RM 2,600, Malaysia dalam
pindaan ini mengenakan RM 5,000 denda untuk kesalahan am, iaitu lebih kurang 2
kali ganda (200%) gaji bulanan median.
12.
Dengan gaji bulanan median SGD 5,197, Singapura
mengenakan SGD 10,000 untuk kesalahan am, juga lebih kurang 2 kali ganda gaji
bulanan median.
13.
Dengan gaji bulanan median kira-kira NZD 5,000, New
Zealand mengenakan NZD 500 untuk kesalahan am, iaitu hanya 10% daripada gaji
bulanan median.
Tan Sri Speaker,
14.
Walaupun dari segi amaun relatif dengan gaji median,
Malaysia adalah sama dengan Singapura, kita juga perlu bandingkan health
literacy antara Malaysia dan Singapura.
15.
Biasanya kecelikan kesihatan rakyat di bawah piramid
adalah lebih rendah daripada populasi lain, mereka adalah lebih cendurung untuk
melanggar undang2 dan peraturan2 penyakit berjangkit kerana kekurangan
pengetahuan dan bukan sengaja.
16.
Untuk perbandingan health literacy, Puchong telah menggunakan
paper yang bertajuk: HEALTH
LITERACY IN ASIA-PACIFIC: NATIONAL HEALTH LITERACY POLICIES & STRATEGIES IN
THE REGION 2023 oleh Lymphoma Coalition.
17.
Ia
melaporkan tinjauan paling komprehensif yang dibuat pada 2019 dan mendapati
bahawa di Malaysia, 24.3% mempunyai kecelikan kesihatan yang cemerlang, 40.7% adalah
mencukupi, dan 35% adalah rendah.
18.
Untuk Singapura pula, Tinjauan paling komprehensif dibuat
pada tahun 2021, ia melaporan kebanyakan populasi mempunyai kecelikan kesihatan
yang mencukupi dengan 80.5% mempunyai “high functional health literacy” di
mana penduduk dapat bertindak dengan
cekap dalam konteks penjagaan kesihatan, dan membaca, memahami dan bertindak
balas dengan secukupnya kepada komunikasi penjagaan kesihatan.
Tan Sri Speaker,
19.
Puchong khuatir bahawa dengan hukuman yang sama berat
seperti Singapura tetapi health literacy yang jauh lebih rendah, pindaan ini akan
meletakkan golongan kurang berkemampuan di Malaysia dalam kedudukan yang lebih
vulnerable semasa pandemik.
20.
Tambahan lagi, dan saya rasa yang paling penting dan ia
merupakan elephant in the room ialah kecendurungan penguatkuasaan dua darjat di
Malaysia, di mana orang-orang kayangan, ahli-ahli politik, VIPs ada satu
standard, rakyat biasa yang lain.
21.
Oleh itu, Puchong ingin tanya apakah langkah-langkah yang
akan diambil oleh KKM supaya undang-undang ini boleh dikuatkuasakan dengan adil
tanpa mengira kedudukan sosial seseorang.
22.
Bagaimana pula dengan rakyat yang membuat kesalahan di
bawah akta ini kerana kurang pengetahuan ataupun terdesak kerana sosio ekonomik
mereka, adakah terdapatnya pertimbangan dari segi penguatkuasaan?
Tan Sri Speaker,
23.
Selain daripada amaun denda, Puchong juga mendapati
bahawa Singapura meletakkan hukuman 2 kali ganda untuk repeat offenders,
manakala New Zealand NZD 50 untuk setiap hari kesalahan ini diteruskan tetapi
pindaan ini tiada peruntukkan untuk kesalahan yang berulang ataupun berterusan.
24.
Puchong cadangkan kerajaan untuk menimbang untuk
meletakkan peruntukkan yang melibatkan kesalahan yang berulang ataupun
berterusan dalam akta penyakit berjangkit kita.
Tan Sri Speaker,
25.
Puchong juga mendapati bahawa dalam kedua-dua
akta di Singapura dan New Zealand, mereka ada kesalahan-kesalahan yang adanya
hukuman yang jauh lebih berat daripada penalti am tetapi akta kita semua
kesalahan adalah sama.
26.
Sebagai contoh,
di New Zealand, kesalahan individu melanggar SOP adalah NZD 500 tetapi untuk
peruntukkan 74AA yang berkenaan dengan tanggungjawab makmal untuk memberi notis
penyakit berjangkit di mana jika seseorang yang bertanggungjawab tidak
melakukannya, denda maximum adalah setinggi NZD 10,000.
27.
Saya ingin
cadangkan kerajaan untuk tengok sama terdapatnya perbezaan kesalahan dalam
mengawal penyebaran penyakit berjangkit.
Tan Sri
Speaker,
28.
Saya juga baca akta-akta Singapura dan New
Zealand secara keseluruhannya dan mendapati bahawa akta mereka adalah jauh
lebih komprehensif and merangkumi pelbagai aspek dalam mencegah dan mengawal
penyakit berjangkit manakala untuk akta kita, kebanyakkan aspek ini dirangkumi
dalam peraturan atau perintah seperti masa Covid-19. Ada pros and cons nya,
sama ada lebih detail dalam akta ataupun membuka ruang untuk fleksibility akan
datang.
29.
Mohon kerajaan
kaji dan tengok sama ada perlunya membawa pindaan yang lebih komprehensif pada
masa akan datang.