4 July 2024 (Bahasa Malaysia version)
1. Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan saya untuk
turut serta dalam perbahasaan RUU pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan
Pemulihan).
Tan Sri Speaker,
2. Saya telah menjadi wakil rakyat selama 11 tahun, tidak
sepanjang ramai di dewan yang mulia ini tetapi cukup untuk berdepan dengan
kes-kes rakyat yang berbeza.
3. Antara memori yang paling mendalam salah satunya ialah
berkenaan dengan penagihan dadah.
4. Masa itu saya ADUN Damansara Utama, satu hari saya pergi
ke Pangsapuri Damansara Bistari, satu flat kos rendah di SS2, untuk satu
program dan biasanya apabila saya buat program di satu tempat, saya juga buat
lawatan ke beberapa keluarga yang memerlukan untuk memberi sumbangan.
5. Salah satu rumah saya pergi melawat pada hari itu ialah
seorang ibu yang anaknya baru saja meninggal dunia akibat penagihan dadah.
6. Saya masuk ke rumah itu, ruang tamu itu agak kosong,
tiada sofa kami semua duduk atas lantai bersama dengan seorang wanita berusia
60-an.
7. Hanya ada satu meja kecil dan di atasnya terletaknya
gambar seorang anak muda dengan kalungan bunga marigold yang menghiasi bingkai
foto.
8. Auntie duduk di sebelah meja kecil itu, menitis air mata,
dan beritahu kami di tempat kosong ruang tamu ini terletaknya mayat anaknya
beberapa hari yang lalu. Suami auntie sudah lama meninggal dunia, sekarang,
anak dia pula meninggal dunia.
Tan Sri Speaker,
9. Sampai sekarang, wajah muka ibu yang hilang anak dan
paling penting, harapan untuk masa depan, yang duduk sebelah gambar anaknya,
masih kadang-kala terimbas dalam minda saya.
10. Saya percaya ada banyak tragedi seperti ini yang berlaku
di setiap sudut di Malaysia.
11. Oleh itu, Puchong faham semangat pindaan ini adalah ke
arah mendekriminalisasi penagihan dadah (decriminalisation of drug addictions).
12. Apa yang kita bahaskan di dewan yang mulia ini ialah
bagaimana kita boleh membina satu masyarakat di mana penyalahguna dan penagih
dadah tidak berakhir dengan kematian atau kemusnahan hidup tetapi ada peluang
kedua (second chance) untuk membina kehidupan yang bermakna.
13. Walaubagaimanapun, Puchong juga pernah berdepan dengan kes
tragedi yang berlaku akibat jenayah yang dilakukan oleh penagih dadah.
14. Saya masa ingat pada tahun 2013, masa saya baru dipilih menjadi
wakil rakyat di Petaling Jaya ada banyak kes snatch thief, di mana ada orang
menaiki motor dan rampas bag pejalan-jalan kaki, ada juga yang mengakibatkan
kematian, antara suspek jenayah ini adalah penagih dadah.
15. Oleh itu, adalah sangat penting apabila kita memendi undang-undang,
kita boleh mengimbangi antara rehabitalisasi, iaitu pemulihan dan rawatan, dan kawalan.
Tan Sri Speaker,
16. Puchong telah membaca salah satu artikel di The Lancet,
satu journal akademik yang terkemuka antarabangsa, yang bertajuk “drug
decriminalisation: grounding policy in evidence”.
17. Artikel ini juga menyokong mendekriminalisasi penagihan
dadah dengan menunjukkan data-data dari United Nation dan Global Commission on
Drug Policy serta menggunakan success story Portugal yang mendapat
perhatian antarabangsa apabila.
18. Untuk makluman dewan yang mulia ini, pada awal 2000-an, Portugal
telah meletakkan men dekriminalisasi dadah sebagai sebahagian daripada tindak
balas progresifnya sebagai langkah untuk menurunkan penularan HIV dan viral
hepatitis di negara itu.
19. Bilangan orang maut akibat over-dose menurun lebih
daripada 85%, dan diagnosis HIV baharu turun lebih daripada 90%.
20. Walaubagaimanapun, artikel yang sama juga menunjukkan
bahawa pendekatan Portugal bukan setakat dekriminalisasi, saya ingin memetik
perenggan artikel itu seperti berikut:
“ Portugal's approach was not to simply
decriminalise; it redefined addiction as an illness and provided extensive
treatment and recovery support, moving people who use drugs away from the
judicial system and towards professional care. Comprehensive medical,
psychological, and social support need to accompany decriminalisation to
address factors such as homelessness and unstable housing, ill mental health,
poverty, racial inequities, and inadequate access to health care, all of which
might drive people into drug use.” Dengan
izin
21. Dengan itu, soalan
Puchong ialah, apabila kita membuat pindaan ke arah medekriminalisasi
penagagihan dadah, adakah kita bersedia untuk memberi rawatan dan sokongan
pemulihan yang meluas? Adakah kita bersedia dengan infrastruktur-infrastruktur psikologi
dan sosial yang komprehensif?
22. Kita tak boleh
copy-and-paste satu perkara dan tak copy-and-paste yang lain.
Tan Sri Speaker,
23. Puchong juga telah meneliti satu
research paper di International Journal of Environmental Research and Public
Health yang bertajuk “Monitoring
Consumption of Common Illicit Drugs in Kuala Lumpur, Malaysia, by
Wastewater-Cased Epidemiology” yang
telah menunjukkan bahawa antara dadah haram yang paling biasa digunakan di KL
sekarang ialah MDMA (iaitu ecstasy),
methamphetamine (ice), ketamine (k powder).
24. Ini adalah selari dengan apa yang saya dapati dalam
perbincangan saya dengan satu Pusat Pemulihan Penagih Dadah persendirian di
kawasan saya. Mereka panggil ini dadah generasi baru.
25. Saya diberitahu oleh mereka bahawa untuk memulih dari
penagihan dadah generasi baru dari segi fisiologi ialah mengurung mereka dalam
satu bilik selama lebih kurang 2 minggu.
26. Seterusnya, dan yang paling susah ialah mengatasi
penagihan mereka dari segi minda dan jauhkan mereka dari kawan-kawan yang tidak
baik.
27. Dengan itu, Puchong ingin tanya apakah langkah-langkah
yang diambil oleh AADK untuk menangani penagih dadah generasi baru dan
mengatasi penagihan dari segi minda dan sosial – iaitu membina kehidupan baru
itu mereka?
28. Menurut Pusat Pemulihan Penagih Dadah yang sama juga,
dadah generasi baru biasanya akan menjejaskan otak dan organ-organ penagih pada
kadar yang lebih cepat dari dadah konventional.
29. Puchong tengok pindaan ini yang tidak merangkumi
aspek-aspek rawatan dan kesihatan dan harap kerajaan boleh jelaskan.
Tan
Sri Speaker,
30. Menurut research paper di International
Journal of Environmental Research and Public Health yang sama, mereka
juga telah membangkitkan satu fakta yang membimbangkan iaitu - penggunaan
ecstacy yang dianggarkan di Kuala
Lumpur, Malaysia, adalah lebih tinggi daripada Belanda, iaitu negara yang
mempunyai penggunaan MDMA tertinggi di kalangan lebih daripada 60 bandar di
dunia dalam kajian, menurut paper yang dikeluarkan oleh Office of European
Union yang bertajuk Wastewater Analysis and Drugs—A European
Multi-City Study.
31. Puchong ingin tanya apakah langkah yang
diambil oleh KDN untuk mendepani penggunaan ecstasy yang tinggi ini?
32. Akhir sekali Tan Sri Speaker, Puchong
merupakan pengerusi jawatankuasa pilihan khas wanita, kanak-kanak dan
pembangunan masyarakat, pindaan akta ini juga melibatkan mereka di bawah umur,
saya sangat berharap bahawa JKPK boleh dilibaturuskan untuk meneliti
impak-impak pindaan ini terhadap penagih dadah bawah umur.
33. Sekian sahaja terima kasih.