Monday, January 8, 2024

Parliamentary Debate on Budget 2024 - Ministry of Women, Family and Community Development


 23 Nov 2023 (Bahasa Malaysia Version)

1.     Puchong ingin merujuk kepada butiran 020200 Pembangunan Wanita.

2.    Tuan Pengerusi, menurut Global Gender Gap Report 2023 yang baru diterbit pada Jun yang lalu, Malaysia sekali lagi berada di ranking 30% terendah, iaitu 102 daripada 146 negara yang dinilai.

3.  Global Gender Gap Index ini merangkumi 4 subsektor, iaitu pencapaian pendidikan, penyertaan dan peluang ekonomi, kesihatan dan kemandirian serta pemerkasaan politik.

4.   Untuk makluman dewan yang mulia ini, Malaysia telah mencapai ranking pertama bersama dengan 24 negara yang lain bagi subsektor pencapaian pendidikan, di mana Malaysia telah mencapai pariti atapun kesaksamaan dengan subindex 1 daripada 1. 

5. Walaubagaimanapun, Malaysia mendapat ranking yang sangat rendah dalam subsektor  penyertaan dan peluang ekonomi serta pemerkasaan politik dengan ranking 89 dan 122 daripada 146 negara masing-masing.

6.     Dengan itu, Puchong akan bincang pembangunan wanita dari segi ekonomi dan politik.

 

Ekonomi

7.     Tuan Pengerusi, kadar penyertaan tenaga kerja wanita di Malaysia hanya adalah pada sekitar 55% sahaja berbanding dengan lelaki pada sekitar 80%. 

8.  Ini juga adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan negara di rantau ASEAN seperti Vietnam, Singapura, Thailand dan Kemboja.

9.    Kadar penyertaan tenaga buruh wanita bukan hanya satu isu hak tetapi lebih penting lagi, ini adalah isu ekonomi.

10. Wanita menyumbang 50% talent pool di Malaysia, UNDP menjangka bahawa jika kita dapat tingkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja kepada 70%, KDNK negara boleh meningkat sebanyak 2.9%, iaitu lebih kurang RM 50-60 billion setiap tahun.

11. Oleh itu, Puchong mengalu-alukan kerajaan meletakkan sasaran untuk meningkatkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita ke 60%.

12. Namun begitu, inisiatif utama yang diumumkan dalam belanjawan ini hanya adalah lanjutan program-program yang sedia ada dan bagi Puchong, mereka tidak mampu membawa Malaysia untuk mencapai sasaran 60%. 

13. Sebagai contoh, Program Wanita Kembali Bekerja, di mana pengecualian cukai diberi kepada wanita yang berhenti kerja 2 tahun dan ke atas.

14. Setahu saya, setiap kali kadar penyertaan kerja wanita dibangkitkan di parlimen, program ini sentiasa menjadi pengumuman kerajaan ataupun jawapan menteri.

15.Walaubagaimanapun, menurut Talent Corp, dari 2019 hingga Ogos 2023, hanya 145 permohonan diterima oleh Talent Corp di bawah program ini dan daripada itu, hanya 78 diluluskan, 65 ditolak dan 2 permohonan masih dalam pertimbangan.

16. Ini bermaksud bahawa hanya 78 wanita yang berjaya balik bekerja dengan Program Wanita Kembali Bekerja.


17. Untuk meletakkan perspektif, bagi meningkatkan kadar penyertaan kerja wanita daripada 55% ke 60%, kita perlu menambah 500,000 orang lagi kepada 6.1 juta yang sedia ada.


18. 78 dan 500,000 adalah sangat jauh bezanya.


19.Oleh itu, Puchong ingin tahu apakah usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan Program Wanita Kembali Bekerja supaya boleh membantu mencapai sasaran 500,000 dan bukan setakat token ataupun kosmetik sahaja.

 

Tuan Pengerusi,


20. Seterusnya, Puchong ingin menarik perhatian dewan ini berkenaan dengan kadar penyertaan tenaga kerja wanita mengikut tahap pendidikan, iaitu 64.1% untuk mereka yang mencapai pendidikan tinggi dan 52.2% dan 43.6% untuk pendidikan menengah dan rendah masing-masing.


21. Berdasarkan angka ini, Puchong cadangkan kerajaan untuk meletakkan lebih banyak fokus untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran buruh bagi mereka yang berpendidikan menengah dan rendah.


22. Antara yang paling penting ialah penambaikan polisi penjagaan kanak-kanak – bagaimanakah kita boleh mempertingkatkan jumlah pengasuh dan pusat penjagaan kanak-kanak.


23. Secara keseluruhannya, Puchong ingin cadangkan kepada KPWKM untuk meneraju satu jawatankuasa khas yang berdasarkan misi – mission-based special committee, yang merangkumi pelbagai kementerian dan agensi, dan berdasarkan tindakan (action-oriented) dengan sasaran untuk mengembalikan 500,000 wanita balik ke pasaran buruh dalam tempoh 5 tahun.


Politik

24. Seterusnya, Puchong ingin mengalih ke isu wanita dalam politik.

25. Untuk makluman dewan yang mulia ini, bagi subsektor pemerkasaan politik di Global Gender Gap Index, Malaysia mencapai skor yang sangat rendah, iaitu 0.098 daripada 1, jika kita menggunakan skala markah 100, Malaysia hanya skor 9.8!

26. Walaupun wanita terdiri daripada sekitar 50% pengundi dan populasi tetapi hanya terdapat 13% wanita di dalam Dewan yang mulia ini.

27. Sejak kemerdekaan, kurang daripada 100 wanita pernah menjadi ahli parlimen.

28. Dengan perwakilan yang begitu rendah, suara dan keperluan wanita dan kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang sepatutnya. 

29. Bukan sahaja di peringkat parlimen, malah di peringkat negeri dan akar umbi pun pemimpin politik wanita berjawatan adalah kurang daripada 15%.

30. Dengan ini, Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk menubuh Political Party Fund for Women Empowerment – Dana Parti Politik untuk Pemerkesaan Wanita.  

31. Dalam tempoh 10 tahun, parti politik tak kira kerajaan ataupun pembangkang layak mendapat peruntukkan daripada kerajaan setiap tahun untuk setiap wanita yang dilantik menjadi ketua kampung dan ketua masyarakat, ahli majlis serta dipilih menjadi ADUN atau Ahli Parlimen.

32. Kerajaan juga boleh menyediakan matching grant untuk parti politik bagi program-program pembangunan pemimpin politik wanita untuk menyediakan mereka menjadi pemimpin. Sudah tentu, ini bukan dalam bentuk sosial seperti masak-masak, persolekan, high-tea dsb.

33.Dengan ini, kerajaan mewujudkan insentif untuk parti politik melatih, melantik dan mencalonkan pemimpin wanita.

34. Puchong cadangkan kerajaan untuk RM 5 juta sebagai permulaan dan harap-harap dana ini boleh menjadi game changer sistem politik di Malaysia yang selama ini male-dominated.

35. Selain itu, dana ini juga boleh menjadi projek perintis bagi political party fund untuk setiap perwakilan yang juga boleh dipertimbangkan di dalam Rang Undang-undang pembiayaan politik yang akan dibawah oleh kerajaan.