Monday, May 5, 2025

Debate on the Special Meeting regarding the Announcement of Retaliatory Tariffs by the United States

 5 May 2025, Monday (Bahasa Melayu Version)



1.    Terima kasih Tuan Speaker izinkan Puchong untuk membahas topik yang memberi impak kepada Malaysia bukan sahaja satu dua tahun ini tetapi dalam jangka masa panjang.

 Tuan Speaker,

2.    Pada 3hb April yang lalu, President Trump telah mengejutkan seluruh dunia dengan pegumuman tarif balas yang tinggi kepada hampir semua negara yang berdagang dengannya.

3.    Sarah Bianchi dari Evercore ISI menyatakan bahawa polisi baru ini, jika tidak disemak semula adalah lebih tinggi daripada tahap yang ditetapkan oleh Akta Tarif Smoot-Hawley pada tahun 1930.


4.    Akta ini meningkatkan tarif ke atas lebih daripada 20,000 barangan import AS dari 13.5% kepada hampir 20% dengan tujuan asalnya melindungi petani dan pengeluar AS pada awal The Great Depression.

5.    Apakah impaknya? Ia mengundang reaksi balas dari negara-negara dagang utama dan menyebabkan eksport merosot dan pengimportan menurun di seluruh dunia.

6.    Walaupun pakar-pakar ekonomi tiada persetujuan sama ada Akta Smoot-Hawley adalah punca utama The Great Depression sebab ada yang berpendapat bahawa punca utama ialah polisi kewangan AS, tetapi apa yang kita pasti ialah Akta Smoot-Hawley menjadikan kemelesetan ekonomi lebih teruk, lebih panjang dan merebak ke seluruh dunia.

Tuan Speaker,

7.    The Great Depression melanjut lebih 10 tahun dan tamat dengan Perang Dunia kedua.

8.    Apabila negara tidak berdagang, apabila kepentingan bersama berkurang, kemungkinan peperangan akan meningkat.

9.    Dengan itu, Puchong ingin menyatakan sokongan kepada pendekatan kerajaan apabila menghadapi tarif 24% yang dikenakan oleh AS iaitu, kita tidak membalas dengan tarif tinggi dengan segera tetapi mencari jalan untuk berunding. We did not retaliate but negotiate.

10. Puchong berpendapat masih adanya ruang rundingan antara AS dan negara-negara dagang termasuk China memandangkan AS akan menganjurkan mid-term election pada tahun depan dan kerajaan Trump perlu memastikan tarif baru yang dikenakan tidak menjejaskan ekonomi ataupun meningkatkan inflasi AS kepada kadar tidak boleh dikawal supaya Republican boleh menang.

Tuan Speaker,

11. Kini, hubungan Amerika Syarikat dan China masih tegang, dengan kedua-dua pihak tidak berkompromi.

12. Selepas Trump mengenakan tarif 145% terhadap barangan China, China membalas dengan tarif 125%.

13.  Apabila kedua-dua gajah bergaduh, negara-negara lain di dunia perlu tenang dan memastikan bahawa respon kita boleh membantu untuk menurunkan suhu perang dagang dunia dan tidak meningkatkannya.

14. Oleh itu, Puchong ingin menyatakan harapan saya terhadap kerajaan sebagai Pengerusi ASEAN dalam menjayakan ASEAN-China dan ASEAN-US Summit.

15. Puchong juga ingin mencadangkan kerajaan untuk meneroka kemungkinan untuk juga mengadakan ASEAN-China-US Summit untuk memperbanyakkan rundingan bagi mencari fahaman dan kepentingan bersama.

Tuan Speaker,

16. Untuk jangka masa pendek, Puchong berpendapat bahawa kerajaan perlu mengambil langkah dengan anggapan bahawa kita akan mengalami krisis ekonomi pada tahun 2025.

17. Jangan tunggu statistik kerana statistik keluar selepas kejadian berlaku, sebagai contoh, kita ukur GDP setiap suku selepas suku itu telah berlalu.

Tuan Speaker, 

18. International Monetary Fund (IMF) telah menurunkan ramalan perkembangan GDP dunia dari 3.3% ke 2.8% tahun ini.

19. Ahli ekonomi di JPMorgan kini percaya bahawa peluang kemelesetan adalah 60 peratus.

20. Walaupun selepas 90-day pause dan andai kata kita mencapai the best case scenario, di mana kadar tarif AS dapat disemak semula kepada kadar yang munasabah untuk kebanyakkan negara, pakar-pakar ekonomi seperti Paul Krugman dan Ketua Ekonomi IMF Pierre-Olivier Gourinchas  berpendapat bahawa “the damage is done” kerana ia telah membawa “uncertainty”, ketidaktentuan dan ketidaktentuan inilah yang memberi impak negatif kepada ekonomi kerana apabila berdepan dengan ketidakpastian, reaksi kebanyakan syarikat adalah berhenti seketika, mengurangkan pelaburan dan mengurangkan pembelian, dan inilah yang akan mencipta kitaran negatif untuk ekonomi dunia. 

21. Dengan itu, Puchong ingin menyeru kerajaan untuk bermula menyediakan belanjawan tambahan krisis tarif AS dengan mengambil pertimbangan seperti berikut: 

a.    Satu, menangguh perluasan SST dan rasionalisasi subsidi RON 95 untuk tahun 2025. 

b.    Kedua, Puchong ingin menggesa kerajaan untuk semak semula tarif elektrik asas (base tariff) Semenanjung Malaysia  untuk tempoh kawal selia tiga tahun 2025-2027 (RP4).


Tuan Speaker, 

                             i.       TNB telah mengumumkan pada Disember 2024 peningkatan tarif elektrik asas sebanyak 14.2% daripada 39.95 sen per kWj ke 45.62 sen per kWj.

                            ii.        Puchong berpendapat  bahawa terdapat ruang untuk semak semula tarif asas RP4 kerana terdapatnya ruang besar untuk mengurangkan CAPEX. 

                           iii.       Untuk makluman dewan yang mulia ini, CAPEX RP4 ditetapkan pada RM26.6 bilion berbanding dengan CAPEX RP3 pada RM 20.55 bilion.

                          iv.       Dengan kata lain, CAPEX RP4 adalah kira-kira 30% lebih tinggi dari CAPEX RP3.

                            v.       Jika kita buat historical comparison, peningkatan CAPEX dari RP2 ke RP3 dan RP1 ke RP2 adalah lebih kurang daripada 10%.

                          vi.       OPEX juga ada ruang penurunan memandangkan anggaran harga bahan api bagi tempoh 3 tahun akan datang menurun.

                         vii.        Oleh itu, Puchong menyeru PETRA untuk menangguh CAPEX kontigensi yang telah diluluskan pada RP4 sebanyak RM16.3 bilion kerana kos-kos ini akan pass down to the consumer.

                        viii.       Oleh itu, Puchong sekali lag menyeru PETRA menyemak semula tarif asas RP4 bersama dengan TNB.  

                ix.    Sementara menunggu keputusan semak semula RP4, Puchong ingin mencadangkan kerajaan untuk melanjutkan pelaksanaan RP3 selama satu tahun sehingga Julai 2026 seperti pelanjutan RP2 dan penangguhan RP3 apabila krisis Covid-19 melanda.


Tuan Speaker,

22. Selepas pengumuman Trump tarif yang mengejutkan hari itu, terdapatnya banyak ketidakpastian dengan yang bakal terjadi dalam jangka masa pendek tetapi apa yang hampir semua pakar geopolitik dan ekonomi boleh setuju ialah we are heading towards a multipolar world, dengan izin.

23. Soalan kita ialah apakah langkah yang boleh diambil oleh Malaysia untuk berjaya dalam dunia multipolar?

24. Puchong percaya bahawa antara langkah penting yang kita perlu ambil sekarang ialah Malaysia perlu mewujudkan lebih ramai pakar geopolitik yang unggul dan diplomat yang hebat.

25. Hubungan antarabangsa memainkan peranan yang sangat penting pada masa akan datang.

26. It’s no longer only about how much you know, how cheap and efficient you can produce but also about who are your friends and foes. 

27. Kementerian Luar Negeri akan memainkan peranan yang jauh lebih penting pada masa hadapan.

28. Dengan itu, Puchong mencadangkan JPA untuk mewujudkan biasiswa dan laluan kerjaya berprestij tinggi dalam menyediakan talent pool yang berkualiti dalam hubungan antarabangsa.