Monday, April 3, 2023

Parliamentary Debate on 2023 Budget - Ministry of Agriculture and Food Security


15 Mac 2023 
(Bahasa Malaysia Version)

Pertama sekali, saya ingin merujuk ke m/s 213, P21, Kod 1003 Bahagian Sekuriti Makanan.

1.    Menurut Indeks Keselamatan Makanan Global (2022), Malaysia menduduki tempat ke-41 di dunia dari segi keselamatan makan.

2.    Singapura, sebuah negara yang tidak menanam dan menternak, menduduki tempat ke-15 di Indeks Keselamatan Makanan Global.

3.    Ini adalah keselamatan makanan adalah pelbagai dimensi.

4.    Selain daripada penghasilan makanan, harga makanan, kualiti makanan, pendidikan dsb juga adalah faktor yang sama penting.

5.    Bahagian Sekuriti Makanan menerima peruntukkan pembangunan besar sebanyak RM 100 juta dalam bajet ini.

6.    Puchong ingin dapat perincian bagaimana dana RM100 juta akan dibelanjakan. 

7.    Puchong juga ingin menarik perhatian kementerian tentang masalah stunting (tumbersan terbantut) di Malaysia.

8.    Menjelang tahun 2019, 1 daripada 5 kanak-kanak di bawah 5-tahun mengalami masalah stunting.

9.    Menurut satu laporan UNICEF, kadar ini adalah jauh lebih tinggi di kawasan bandar miskin.

10. Ramai yang menganggap masalah stunting adalah isu kesihatan, tetapi isu ini sebenarnya terkait rapat dengan sekuriti makanan.

11. Ini adalah kerana ia bergantung kepada sama ada kita ada makanan berkhasiat pada harga berkemampuan yang mencukupi untuk gologan B40 serta pendidikan tentang khasiat makanan .

12. Dengan ini, Puchong berharap apabila merancang perbelanjaan RM100 juta untuk sekuriti makanan, kementerian tidak akan lupa kanak-kanak di kawasan bandar miskin yang amat memerlukan intervensi kerajaan untuk pertumbuhan yang sihat.

Kedua, Puchong ingin merujuk kepada m/s 210, kod 020100 dan 20 kepala kod perbelanjaan B21 dan P21 dengan tajuk yang mengandungi perkataan padi.

1.    Saya telah kira, jumlah perbelanjaan untuk padi dalam belanjawan ini adalah lebih daripada RM 2 bilion.

2.    Untuk meletakkan perspektif, perbelanjaan RM 2 bilion ini adalah lebih besar daripada jumlah perbelanjaan sepuluh kementerian termaksud MITI, MOSTI, KBS, KSM, KLN dan lain-lain.

3.    Untuk subsidi padi sahaja, negara kita telah membelanja RM 36.6 bilion dari tahun 1981-2021.

4.    Tahun demi tahun, kita meletakkan peruntukkan besar dalam pembangunan industri padi tetapi sampai hari ini, lebih daripada 90% pesawah padi di Malaysia adalah di golongan B40.

5.    Bernas baru-baru ini mengumumkan pemberian RM50 juta kepada golongan pesawah, iaitu kira-kira RM250 seorang.

6.    Handout seperti ini hanya bersifat one-off dan tidak akan mengubah ekosistem dan struktur rantaian bekalan.

Tuan Pengerusi,

7.    Menjelang 2020, Bernas menguasai kira-kira dua pertiga pasaran padi di Malaysia.  

8.    Masalah ini diburukkan lagi dengan monopoli yang dipegang oleh NAFAS (National Farmers Organization) terhadap pengagihan input seperti baja, racun dan benih.

9.    Pendek kata, pesawah padi kita terperangkap di antara dua monopoli.

10. Struktur rantaian bekalan sebegini tidak menggalakkan inovasi, peningkatan produktiviti dan pertumbuhan sektor padi di Malaysia.

11. Insanity is doing the same thing again and again but expecting a different result.

12. Dengan itu, Puchong menggesa kerajaan untuk mengambil langkah yang berani dan melakukan pembaharuan struktur pasaran, break the monopolies, untuk industri padi.

13. Puchong juga ingin menarik perhatian kerajaan tentang masalah pilihan varieti beras yang terhad untuk pesawah

14.  Dalam 50 tahun, India menghasilkan lebih daripada 1,900 varieti, Filipina 200 dan Thailand 80 tetapi Malaysia hanya mengeluarkan kurang daripada 50 jenis.

15. Pada masa ini hanya terdapat 11 kilang benih yang disahkan oleh kementerian.

16. Penyertaan sektor swasta boleh meningkatkan jenis benih yang boleh digunakan oleh pesawah.

17. Dengan ini, Puchong cadangkan kementerian untuk meningkatkan ketelusan dan kebolehcapaian kepada standard dan proses pengeluaran benih serta mengkaji semula keahlian Jawatankuasa Teknikal Bantuan Kerajaan kepada Industri Padi dan Beras untuk mengelakkan konflik kepentingan.

Seterusnya, saya ingin merujuk ke m/s 211, B21, Kod 020400 Perkhidmatan Venterina.

1.    Menurut Jabatan Statistik Negara, self-sufficiency level (SSL) negara kita untuk daging serta kambing dan berbiri ialah 22% dan 9.6%.

2.    Kita perlu import kira-kira 80% daging dan 90% kambing untuk memenuhi permintaan negara.

3.    Dengan itu, Puchong ingin menggesa kerajaan untuk memberi tumpuan yang lebih tinggi untuk membangun industri lembu dan kambing yang kompetitif di Malaysia.

Akhirnya, saya ingin merujuk ke m/s 211, B21, Kod 030100 Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

1.    Saya ingin fokus kepada usaha FAMA dalam memasarkan durian di pasaran dunia.

2.    Kita sentiasa bangga dengan betapa sedap durian Malaysia seperti Musang King, Black Thorn dan Udang Merah berbanding dengan durian dari negara lain seperti Thailand.

3.    Walaubagaimanapun, dari segi global market share, Thailand menyumbang 80% pasaran dunia durian, manakala Malaysia hanya menyumbang 1% pasaran dunia.

4.    China merupakan pasaran terbesar dunia yang mengimport kira-kira 80% bekalan durian antarabangsa tetapi lebih daripada 90% durian di China diimport dari Thailand.

5.    Tambahan lagi, pada 24 Julai 2022, Menteri Luar Negeri China masa itu, Wang Yi, mengumum bahawa Vietnam telah mendapat kelulusan untuk mengeksport durian segar ke China selepas 4 tahun rundingan.

6.    Kenapa Thailand dan Vietnam telah mendapat kelulusan untuk mengeksport durian segar ke China tetapi Malaysia hanya boleh mengeksport frozen whole fruit dan frozen pulp & paste?

7.    Puchong berharap FAMA akan berusaha supaya Malaysia juga boleh mendapat kelulusan untuk mengeksport durian segar ke China.

8.    Durian Malaysia sering digelar “Hermes” dalam dunia durian di China. Ia bermaksud bahawa dalam marketing 3P – product, place dan promotion, (dengan izin), product bukan masalah.  

9.    Untuk place, FAMA perlu memperbaiki rantaian pembekalan durian dari kebun durian Malaysia ke atas meja pengguna China dan menjadikannya lebih efektif.

10. Bagi promotion pula, memandangkan penjualan durian atas talian adalah saluran penjualan durian yang bertumbuh paling cepat di China dengan CAGR 9% setiap tahun, Puchong cadangkan FAMA untuk membuat promosi durian Malaysia secara besar-besaran di media social China dan membantu secara strategik pengusaha-pengusaha kita untuk menjual durian atas talian di China.

11. Pasaran durian global telah mencecah lebih daripada RM 120 bilion dan masih bertumbuh pada CAGR 7.2% setiap tahun. Malaysia perlu ada strategi yang betul supaya kita boleh meningkatkan peluang perniagaan, pekerjaan dan KDNK kita melalui pengeksportan “king of fruits”.