Friday, August 21, 2015

Independent Integrity Units a Step Closer to Ombudsmen Enactment

Yesterday I tabled a motion in the state assembly session to urge the State Government to make all the integrity units of the agencies in Selangor fully independent. The motion was subsequently passed. This is a step closer for us to enact Ombudsmen law. Ombudsmen enactment will further strengthen the check and balance system of Selangor legislature. Hopefully we'll see that through before this term ends. If you are interested to know more, see below the full motion speech. 


-----------------------------//

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat Sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut: 
"Bahawa Dewan Yang Mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan bahawa unit-unit integriti di jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Selangor diberi kuasa yang bebas sepenuhnya daripada pengaruh eksekutif untuk meningkatkan ketelusan dan kebertanggungjawab pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor." 
Tuan speaker dan yang berhormat sekalian, tujuan saya membawa usul ini adalah untuk kerajaan negeri memperbaiki sistem unit integriti yang merupakan inisiatif kerajaan perseketuan yang sedang dijalankan di semua agensi kerajaan termasuk di kerajaan negeri Selangor. 
Walaubagaimanapun, seperti yang kita sedia maklum, kerajaan perseketuan telah gagal membawa sebarang reformasi dari segi kebertanggungjawaban dan ketelusan kepada urus tabir kerajaan dengan skandal besar RM49 billion 1MDB dan RM2.6 billion derma yang belum lagi dapat dijawab. 
Kelmarin saya terkejut mendengar hujah menteri integriti sendiri Dato Paul Low yang berkata ketelusan dan keterbukaan akan menyebabkan kerajaan terlalu 'telanjang', maka usaha itu boleh dilihat sebagai sama dengan mempromosikan pornografi. Dengan menyamakan keterbukaan kerajaan dengan pornografi adalah satu penghinaan untuk rakyat Malaysia yang mahu ketelusan dari kerajaan. Datuk Paul Low juga membuat U-turn dan menyatakan Malaysia tidak bersedia untuk Enackmen FOI lagi. Nasib baik Tuan Speaker membalas beliau dan berkata tengok macam mana Selangor buat. 
Oleh itulah, Kerajaan Negeri Selangor tidak boleh menunggu kerajaan perseketuan untuk membuat perubahan. Kita kena mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan lagi ketelusan kerajaan kita untuk memerangi elemen tidak sihat dalam pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan awam yang merupakan nadi kepada pembangunan negeri. 
Sebelum saya pergi jauh, izinkan saya memberi sikit latar belakang tentang unit integriti. 
Pada Julai 2013, kerajaan perseketuan telah megumumkan penubuhan unit integriti di setiap agensi kerajaan dengan tujuan memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja yang unggul dan cemerlang dengan pemantapan etika dan integriti. Dengan ini JPA telah mengeluarkan pekeliling yang berkuatkuasa 1 Ogos 2013 kepada semua agensi awam untuk menubuhkan unit integriti. Dalam pekeliling yang sama, unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut: 
1. Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan; 
2. Pengukuhan Integriti
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi; 
3. Pengesanan dan Pengesahan
i) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
ii) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab; 
4. Pengurusan Aduan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi; 
5. Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan 
6. Tatatertib
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib. 
Pada April 2014, dilaporkan sebanyak 382 unit integriti telah ditubuhkan. Di Selangor, unit integriti juga telah bukan ditubuhkan di agensi-agensi, pihak berkuasa tempatan. Saya juga nampak ada juga ditubuhkan di anak-anak syarikat seperti Yayasan Selangor. Ini memang adalah inisiatif yang baik. 
Walaubagaimanapun, saya mendapati sistem unit integriti yang direka oleh Kerajaan Perseketuan ada kelemahannya. Iaitu, unit ini terdiri daripada kakitangan di organisasi tersebut. 
Cuba bayangkan, kalau ada aduan bahawa rakan sekerja atau bosnya telah membuat kesalahan, bagaimanakah kakitangan di unit integriti ini boleh bertindak secara adil dan saksama? 
Jika mereka bertindak, mereka mungkin akan “diboikot” dan macam mana meeka boleh “survive” lagi dalam organisasi tersebut? 
There is surely conflict of interest here (dengan izin). Konflik kepentingan inilah yang akan menghalang unit integriti boleh menjalankan tugas mereka dengan baik. 
Sebagai contoh, pada 16 Feb 2015, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri telah menjalankan lawatan mengejut (spot check) di Kafe Dewan Jubli Perak dan gerai-gerai kecil di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) dan mendapati masih ramai penjawat awam bersarapan dan membeli-belah pada waktu kerja. Lanjutan lawatan itu notis amaran telah dikeluarkan. 
Datuk Setiausaha Kerajaan juga berkata unit Integriti SUK Selangor akan memantau aktiviti ini dari semasa ke semasa dan tindakan tatatertib akan diambil. 
Memang, kalau Datuk Setiausaha kerajaan buat spot check ok, sebab dia bos besar SUK. Cuba bayangkan bagaimanakah ahli-ahli unit integriti SUK boleh membuat yang sama untuk rakan-rakan sekerja mereka? Dan juga cuba bayangkan ada orang yang membuat aduan kepada unit integrity tentang salah guna kuasa oleh ketua agensi, beranikah mereka menyiasat? 
Atas pertimbangan ini lah saya membentangkan usul ini supaya kerajaan negeri menyuntik elemen kebebesan kepada unit integriti. 
Integrity unit needs to be an independent unit (dengan izin). 
Jika tidak, unit-unit integriti ini akan menjadi bahan kosmetik sahaja, seperti Menteri Integriti di Pejabat Perdana Menteri, kosmetik sahaja. 
Sebagai langkah pertama, saya cadangkan kerajaan negeri untuk melantik pihak ketiga yang bukan tertakluk dalam carta organisasi sebagai sebahagian daripada unit integriti. Dengan ini, unit integriti akan menjadi kurang dipengaruh oleh pihak eksekutif. 
Pihak ketiga ini boleh mengendali aduan dan siasatan secara bebas terutama yang kes sensitif manakala kakitangan-kakitangan di unit integriti menjalankan kerja-kerja bukan sensitif seperti kempen kesedaran dan lain-lain. 
Sebenarnya unit integriti ini adalah lebih kurang sama dengan Pejabat Ombudsmen, di mana saya berharap pada masa depan, kita boleh menginstitusikannya dengan adanya Enakmen Ombudsman sendiri. 
Perkataan "Ombudsman " berasal dari Sweden. Ia pertama kali digunakan dalam erti kata moden pada tahun 1809 apabila Parlimen Sweden menubuhkan pejabat Justitieombudsman , menjaga kepentingan rakyat dalam urusan mereka dengan kerajaan.
Selepas Sweden banyak negara lain juga telah telah menerima pakai konsep Ombudsman ini. Kini lebih daripada 150 negara telah ada institusi ombudsman. 
Institusi Ombudsman memainkan peranan penting dalam meningkatkan pentadbiran awam untuk memastikan tindakan kerajaan lebih terbuka dan pentadbirannya lebih bertanggungjawab kepada orang ramai.
Peranan ombudsman ini adalah untuk melindungi rakyat daripada kerajaan termasuk pencabulan hak asasi, salah guna kuasa, keputusan yang tidak adil dan salah tadbir. Ombudsman mewakili kepentingan orang ramai dengan menyiasat dan menangani aduan-aduan. 
Saya berasa negeri Selangor boleh menjadi negeri pertama yang meluluskan enakmen ombudsman sepertimana kita menjadi negeri pertama meluluskan enakmen kebebasan maklumat. Walaupun memang kita masih ada kelemahan dalam pelaksanaan enakmen FOI seperti dalam penyata SELCAT, tetapi kerajaan negeri hendaklah berani untuk terus membaiki perlaksanaan kita serta memperbaiki sistem perundangan kita yang sedia ada. 
Sebenarnya, unit integriti dan Ombudsmen sebenarnya bukan konsep baru untuk Negeri Selangor. Dato Menteri Besar telah pun menyebutnya sejak dia mengambil ahli jawatan ini.. Izinkan saya memetik ucapan pertama Dato Menteri Besar iaitu semasa sidang bajet 2014 berbunyi berikut. 
“Kerajaan Negeri berikrar untuk melaksanakan pentadbiran yang mengamalkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban, berintegriti dan tadbir urus yang baik. Untuk maksud itu, Kerajaan Negeri akan bekerjsama dengan Lembaga Swadaya Masyarakat atau NGO sebagai rakan kongsi, bukan sebagai musuh dalam sistem demokrasi untuk mencapai kecemerlangan dalam urus tadbir. Kerajaan Negeri akan menubuhkan Pejabat Integriti Selangor dan juga menyambut baik cadangan daripada NGO supaya diwujudkan Pegawai Pejabat Hisbah (Ombudsman) yang bertugas untuk menyiasat aduan awam selari dengan dasar Kerajaan Negeri yang berpegang kepada prinsip pentadbiran yang bersih dan berintegriti.” 
Pejabat integriti telah ditubuhkan sekarang, kalau kita boleh membebaskannya ia adalah langkah ke Pejabat Ombudsmen yang juga adalah hasrat Kerajaan Negeri. 
Saya juga tertarik dengan ucapan Dato Menteri Besar semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan & Agensi Kerajaan Negeri yang turut disertai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada April 2015, di mana pejabat integriti dan pejabat ombudsmen juga disebut. 
Menteri Besar memetik artikel majalah ekonomi Forbes yang bertajuk, “Success Will Come and Go, But Integrity Is Forever”. Menurut esei tersebut, integriti adalah “doing the right thing at all times and in all circumstances, whether or not anyone is watching. It takes having the courage to do the right thing, no matter what the consequences will be.” Menteri Bessar kata ini disebut sebagai "courage of conviction".
Hari ini saya bentangkan usul supaya “courage of conviction” Kerajaan Negeri di bawah kebijaksanaan Datuk Menteri Besar boleh diinstitusikan sebagai usul dewan.
Sekian sahaja, saya memohon supaya usul ini diluluskan. 
----------