Bahasa Melayu version
2. Pertama sekali, izinkan saya ucapkan syabas dan tahniah kepada BHEUU kerana telah membentangkan RUU Antibuli dalam masa yang begitu singkat selepas keputusan kabinet pada September 2025.
Bahasa Melayu version
Bahasa Melayu Version
PENERANGAN PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN WANITA, KANAK-KANAK DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
1. Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat telah membentangkan dua penyata pada sidang ini, yang dibentangkan pada 1 Disember 2025 (Isnin) iaitu:
i. Keselamatan Digital dan Kesihatan Mental Kanak-kanak di Malaysia (DR. 33 Tahun 2025); dan
ii. Townhall Buli dalam Kalangan Kanak-kanak di Malaysia (DR. 34 Tahun 2025).
Bahasa Melayu Version
1. Terima kasih Datuk Pengerusi izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan saya di peringkat JK Kementerian Kewangan.
2. Hanya satu isu yang Puchong ingin bangkitkan pada hari. Saya ingin merujuk kepada kepada 020500 Subsidi dan Bantuan Tunai.
3. MyKasih dan SARA 100 telah mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan rakyat.
Bahasa Melayu Version
1. Terima kasih Datuk Speaker izinkan Puchong untuk berbahas peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.
2. Puchong ingin bermula dengan B1 Parlimen, kepala 010000 Urusan Parlimen.
3. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana telah membawa RUU Perkhidmatan Parlimen yang juga telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini.
Bahasa Melayu Version
1. Terima kasih Tuan Speaker izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan belanjawan 2026.
2. Pertama sekali, Puchong ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana telah membentangkan satu belanjawan yang seimbang antara bantuan segera kepada rakyat dan pembaharuan strategik jangka panjang.
Bahasa Melayu Version
1. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Jawatankuasa Pilihan (JKP) Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat untuk memberi penerangan di
Dewan yang mulia ini.
(Bahasa Melayu Version)
28 August 2025
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :
a. Sebab One&Only Desaru tidak diteruskan. Berapakah kerugian/keuntungan One&Only Desaru setiap tahun sejak pembukaannya dan bagaimana pula dengan prestasi hotel-hotel lain yang dimiliki Khazanah di Desaru?
b. Berapakah pelaburan Khazanah setakat ini bagi pembangunan bersepadu Desaru dan apakah rancangan seterusnya?
Speech by the Chairperson of the Special Select Committee on Women, Children and Community Development on the Issue of Bullying Among School Students | 27 August 2025
(Bahasa Melayu Version)
1. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana izinkan Puchong untuk memberi penerangan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat.
2. Jawatankuasa Pilihan ini telah membentangkan dua penyata pada sidang parlimen ini.
3. Penyata pertama ialah Penyata berkenaan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia, di mana Jawatankuasa telah mengemukakan lapan syor utama untuk tindakan kementerian-kementerian yang berkaitan.
4. Untuk penerangan yang seterusnya, Puchong akan fokus kepada penyata kedua yang telah kami bentangkan iaitu Penyata Berkenaan Isu Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah.
(Bahasa Melayu Version)
18 August 2025
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
status pelaksanaan sistem bayaran Diagnosis-Related Group (DRG). Bilakah
sistem ini akan diperluaskan ke hospital swasta dan nyatakan rancangan
pelaksanaan.
(Bahasa Melayu Version)
13 August 2025
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :
a. berapakah pengguna aktif portal sistem warga emas (eWarga Emas). Bagaimanakah portal ini dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan apakah rancangan dan sasaran Kementerian untuk memperluaskan penggunaan portal ini
b. adakah Kementerian berancang untuk membentang Rang Undang-Undang Warga Emas.
(Bahasa Melayu Version)
7 August 2025
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR menyatakan status Kolam Takungan Dwi-Fungsi Sungai Klang dan Sungai Rasau. Adakah status ini mengikut rancangan dan bilakah ia akan siap serta apakah langkah yang diambil Kementerian untuk memastikan projek siap mengikut garis masa.
(Bahasa Melayu Version)
4 August 2025
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI EKONOMI menyatakan syarat bagi syarikat untuk mengakses ke Intellectual Property (IP) ARM. Adakah had jumlah IP yang boleh digunakan oleh sesebuah syarikat. Apakah sasaran Kementerian bagi jumlah penggunaan IP setiap tahun dalam tempoh 10 tahun ini dan sila huraikan lebih butiran berkenaan dengan ARM.
Parliamentary Debate on RMK13 - Malnutrition and Early Childhood Education | 31 July 2025
(Bahasa Melayu Version)
ARM Semiconductor Investment | 31 July 2025
(Bahasa Melayu Version)
1. Perkara pertama yang ingin saya bangkitkan hari ini ialah Strategi Semikonduktor Nasional (National Semiconductor Strategy, NSS).
2. Puchong mengalu-alukan hasrat murni kerajaan di RMK13 bagi melonjakkan industri semikonduktor Malaysia ke rantaian nilai industri yang lebih tinggi.
3. Komitmen kerajaan untuk mencapai hasrat ini terbukti apabila kerajaan sanggup membayar USD250 juta, iaitu lebih daripada RM1 bilion, kepada ARM Holdings bagi kontrak 10 tahun, dengan tujuan memperkasa harta intelek semikonduktor Malaysia.
(Bahasa Melayu Version)
31 July 2025
Soalan
Puan Yeo Bee Yin [Puchong]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Perkara kedua yang saya ingin menyentuh ialah pengubahsuaian bagi menangani masalah kesesakan di Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Tuan Yang di-Pertua, hari ini Puchong ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat Menteri tentang keperluan untuk mengatasi masalah kesesakan di Klinik Kesihatan Seri Kembangan.
Tuan Yang di-Pertua, Klinik Kesihatan Seri Kembangan merupakan fasiliti Jenis 3, tetapi perkhidmatan yang perlu dibekalkan ialah Jenis 1 iaitu kedatangan pelanggan sehari melebihi 800 orang. Tambahan lagi, beban kerja klinik ini semakin meningkat dari 188,522 pada tahun 2021 ke 195,361 pada tahun 2022 dan 209,279 pada tahun 2023.
(Bahasa Melayu Version)
31 Julai 2025
Soalan
Puan Yeo Bee Yin [Puchong] : Terima kasih Tuan Speaker kerana izinkan Puchong untuk membawa beberapa isu yang berkenaan dengan kawasan Parlimen Puchong.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri berkenaan masalah kesesakan di Jalan Putra Permai dan Jalan Besar Seri Kembangan. Jalan ini adalah nadi utama yang menyokong pembangunan ekonomi dan sosioekonomi kawasan tersebut, menghubungkan kawasan perumahan seperti Kota Perdana, Taman Putra Permai, Taman Equine, Lestari Perdana dan Taman Prima Tropika serta menghubungkan Puchong, Seri Kembangan, Bandar Sierra dan Cyberjaya. Namun, pembangunan pesat di kawasan sekitar menyebabkan kesesakan trafik yang sangat serius, terutama ketika waktu puncak. Kesesakan ini turut spillover ke Lebuhraya Damansara–Puchong (LDP) dan Lebuhraya Putrajaya–Cyberjaya di Serdang Interchange menyebabkan gangguan yang meluas.
(Bahasa Melayu Version)
31 July 2025
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan :
a. apakah status sebenar Lebuh Raya MEX II. Adakah kelulusan agensi Kerajaan diperlukan sebelum Maju Group membuat tuntutan. Apakah langkah Kementerian untuk memastikan situasi seperti ini tidak diulangi
b. berapakah dana diperlukan untuk siapkan projek dan adakah tambahan ini akan menyebabkan peningkatan tol.
Bahasa Melayu Version
(Bahasa Melayu Version)
29 July 2025
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI EKONOMI menyatakan adakah perjanjian USD 250 bilion dengan ARM telah dimuktamadkan.
a. berapakah jumlah syarikat IC design yang boleh mengakses ke Intellectual Property (IP) ARM. Adakah ia merangkumi kedua-dua lesen dan royalti
b. adakah bayaran Kerajaan kepada ARM mengikut kadar peggunaan ( utilization rate).
21 July 2025, Monday (Bahasa Melayu Version)
1. Terima kasih Tuan Speaker memberi peluang kepada Puchong untuk membahas Rang Undang-Undang Kredit Pengguna.
2. Pembentangan RUU ini adalah perlu dan tepat tepat pada masanya dengan pertumbuhan pesat perkhidmatan "Beli Sekarang, Bayar Kemudian" (BNPL).
Bahasa Malaysian Version
23 July 2025
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :
a. berapa kes kematian kanak-kanak akibat kecuaian dan penderaan serta berapakah yang didakwa dan disabitkan kesalahan pada tahun 2020 hingga 2024
b. apakah langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengelak kematian ini
Bahasa Malaysia Version
22 July 2025
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa jumlah pesakit dalam senarai menunggu dan berapakah purata tempoh masa seseorang perlu menunggu untuk mendapat giliran bagi pembedahan katarak, batu karang ginjal, pembedahan yang melibatkan jantung seperti bypass, pembedahan injap jantung, Arrhythmia dan jantung Kongenital serta pembedahan yang melibatkan paru-paru.
5 May 2025, Monday (Bahasa Melayu Version)
1. Terima kasih Tuan Speaker izinkan Puchong untuk membahas topik yang memberi impak kepada Malaysia bukan sahaja satu dua tahun ini tetapi dalam jangka masa panjang.
2. Pada 3hb April yang lalu, President Trump telah mengejutkan seluruh dunia dengan pegumuman tarif balas yang tinggi kepada hampir semua negara yang berdagang dengannya.
3. Sarah Bianchi dari Evercore ISI menyatakan bahawa polisi baru ini, jika tidak disemak semula adalah lebih tinggi daripada tahap yang ditetapkan oleh Akta Tarif Smoot-Hawley pada tahun 1930.
Bahasa Malaysia Version
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :
a. Adakah Kementerian merancang untuk menaik taraf Klinik Kesihatan (KK) Seri Kembangan memandangkan ia perlu mengendali lebih daripada 800 orang pesakit sehari tetapi fasilitinya hanya adalah jenis 3
b. Rancangan Kementerian untuk menangani kesesakan serius bahagian Ibu dan Anak di KK Seri Kembangan.
Bahasa Malaysia Version
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN
KELESTARIAN ALAM menyatakan :
a. Status 25 stesen Photo-Ionised-Detectors (PID) yang dipasang di Pasir Gudang pada Februari 2020. Adakah ia berkesan dalam memberi amaran awal pencemaran. Nyatakan statistik
b. Status dan kadar penggunaan stesyen bergerak Gas-Chromatography-Mass- Spectrometry (GCMS) yang telah diperoleh selepas krisis Sungai Kim Kim.Nyatakan statistik.
Bahasa Malaysia Version
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :
a. status penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)
b. mengapa MAHB menerima tawaran RM11 per syer apabila penasihat Hong Leong Investment Bank berpendapat bahawa tawaran ini adalah 'unfair' dan kelima-lima pengarah bebas berpendapat 'unfair' dan 'unreasonable'
Bahasa Malaysia Version
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :
a. rancangan Kerajaan dalam menangani kesesakan di Jalan Besar Seri Kembangan
b. lorong pusingan U di Jalan Besar Seri Kembangan telahpun ditutup tanpa dinaik taraf. Apakah sebab dan rancangan.
Bahasa Malaysia Version
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan :
a. langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah kesesakan di sepanjang Jalan Putra Permai termasuk interchange yang menghubunginya ke lebuh raya
b. status perancangan/pembinaan flyover di simpang Jalan Putra Permai dan Jalan Prima Tropika (depan Giant Seri Kembangan).
3 MAC 2025 (ISNIN), Bahasa Malaysia Version
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk memastikan bayaran yang dikenakan oleh hospital swasta adalah sama di antara pemegang insurans dan bukan pemegang insurans. Begitu juga antara pembayaran menggunakan surat jaminan dan pembayaran pay-and-claim.
3 MAC 2025 (ISNIN), Bahasa Malaysia Version
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan rancangan Kementerian bagi mengawal inflasi kos kesihatan swasta di Malaysia (lebih daripada 10%) supaya setaraf dengan atau kurang daripada purata inflasi global (kira-kira 5%) setiap tahun.
26 FEBRUARI 2025, RABU (Bahasa Malaysia Version)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :
a. bilakah perkhidmatan aerotrain Kuala Lumpur International Airport akan dikembalikan
b. langkah yang diambil supaya gangguan perkhidmatan aerotrain yang berpanjangan ini tidak diulangi pada masa hadapan.
20 February 2025, Thursday (Bahasa Malaysia Version)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :
(a) langkah-langkah yang diambil untuk merekod/mengintegrasi data pergerakan bahan kimia berbahaya (bagi manusia dan/atau alam sekitar) di seluruh rantaian pergerakan dari import/penghasilan sehingga pelupusan untuk memudahkan siasatan kes pencemaran
(b) adakah Kementerian berancang untuk membentangkan Akta Takbir Urus Bahan Kimia.
19 February 2025, Wednesday (Bahasa Malaysia Version)
SOALAN
YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :
(a) berapa jumlah pegawai perubatan psikiatri dan psikologi di hospital Kerajaan berbanding permintaan. Apakah purata tempoh menunggu untuk mendapat perkhidmatan pakar
(b) langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan kesihatan mental juga dilindungi dalam pakej insurans kesihatan.
13 February 2025, Wednesday (Bahasa Malaysia Version)
SOALAN
YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :
(a) jumlah klinik kesihatan di Malaysia mengikut jenis. Berapa antaranya menampung jumlah pesakit yang lebih daripada jenis fasiliti yang disediakan.
(b) rancangan Kementerian untuk mengurangkan jurang ini.
12 February 2025, Wednesday (Bahasa Malaysia version)
Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan junjung kasih titah tuanku.
Pembasmian Kemiskinan di Masyarakat India
Tan Sri,
Puchong ingin memulakan perbahasan saya dengan berkongsi tentang hidup seorang ibu tunggal di kawasan saya yang bernama Kavitha.
Pada musim Deepavali yang lalu, saya telah melawat Kavitha di Pangsapuri Aman.
Apabila saya masuk ke rumah, apa yang tertera di depan mata saya ialah ruang tamu yang kosong, tiada sofa, tiada TV, tiada apa-apa, hanya beberapa kerusi plastik.
6 February 2025, Thursday (Bahasa Malaysia Version)
SOALAN
YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :
(a)isu pertikaian undang-undang antara Kerajaan dan Mulia Group berkenaan dengan pemilikan Exchange 106
(b) kadar occupancy dan purata kadar sewaan Exchange 106 terkini. Apakah anggaran capitalisation rate. Adakah pulangan pelaburan Kerajaan dalam Exchange 106 berbaloi.
5 Februari 2025, Wednesday (Bahasa Malaysia Version)
SOALAN
YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status Tabung Amanah Penyakit Jarang Jumpa.
(a) jumlah dana terkini dan berapa penerima yang telah bermanfaat sejak penubuhan tabung sehingga kini
(b) insentif bagi penderma dan adakah rancangan untuk membuat penambaikan.