9 July 2024 (Bahasa Malaysia version)
1. Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara.
2. Puchong telah membaca ringkasan kedua-dua laporan ketua audit negara dan mendapati bahawa antara 9 aktiviti dan 8 syarikat persekutuan yang diaudit oleh Ketua Audit Negara, lebih daripada separuh, iaitu 5 aktiviti dan 5 syarikat persekutuan tidak mencapai sasaran atau objektif yang ditetapkan oleh kerajaan.
3. Selain itu, Puchong juga dapati bahawa yang lain kebanyakannya hanya setakat mencapai objektif dan ketua audit negara jarang menggunakan perkataan “baik” dalam rumusan audit beliau untuk setiap audit yang dijalankan dalam kedua-kedua laporan ini.
4. Ini adalah sangat menyedihkan.



