Thursday, August 28, 2025

Parliamentary Written Questions to Minister of Finance (Mesyuarat Kedua ,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 09)

(Bahasa Melayu Version)

28 August 2025

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :

a. Sebab One&Only Desaru tidak diteruskan. Berapakah kerugian/keuntungan One&Only Desaru setiap tahun sejak pembukaannya dan bagaimana pula dengan prestasi hotel-hotel lain yang dimiliki Khazanah di Desaru?

b. Berapakah pelaburan Khazanah setakat ini bagi pembangunan bersepadu Desaru dan apakah rancangan seterusnya?

Wednesday, August 27, 2025

Speech by the Chairperson of the Special Select Committee on Women, Children and Community Development on the Issue of Bullying Among School Students | 27 August 2025

Speech by the Chairperson of the Special Select Committee on Women, Children and Community Development on the Issue of Bullying Among School Students | 27 August 2025

(Bahasa Melayu Version)


1.    Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana izinkan Puchong untuk memberi penerangan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat.

2.    Jawatankuasa Pilihan ini telah membentangkan dua penyata pada sidang parlimen ini.

 

3.    Penyata pertama ialah Penyata berkenaan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysiadi mana Jawatankuasa telah mengemukakan lapan syor utama untuk tindakan kementerian-kementerian yang berkaitan. 

 

4.    Untuk penerangan yang seterusnya, Puchong akan fokus kepada penyata kedua yang telah kami bentangkan iaitu Penyata Berkenaan Isu Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah.

Wednesday, August 20, 2025

Media Statement by Yeo Bee Yin, MP for Puchong and Chairperson of the Parliament Select Committee (PSC) for Women, Children, and Community Development on 20 August 2025 in Parliament Malaysia



Media Statement by Yeo Bee Yin, MP for Puchong and Chairperson of the Parliament Select Committee (PSC) for Women, Children, and Community Development on 20 August 2025 in Parliament Malaysia

1. The tragic death of Zara Qairina has sent shockwaves not only through Sabah but across the entire nation.

2. This incident serves as a crucial wake-up call regarding the prevalence of school bullying and highlights the urgent need for effective measures to address and prevent such behavior among students.

Monday, August 18, 2025

Parliamentary Written Questions to Minister of Health (Mesyuarat Kedua ,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 08)

(Bahasa Melayu Version)

18 August 2025

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

status pelaksanaan sistem bayaran Diagnosis-Related Group (DRG). Bilakah

sistem ini akan diperluaskan ke hospital swasta dan nyatakan rancangan

pelaksanaan.

Wednesday, August 13, 2025

Parliamentary Written Questions to Minister of Women, Family and Community Development(Mesyuarat Kedua ,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 07)

(Bahasa Melayu Version)

13 August 2025

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :

a. berapakah pengguna aktif portal sistem warga emas (eWarga Emas). Bagaimanakah portal ini dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan apakah rancangan dan sasaran Kementerian untuk memperluaskan penggunaan portal ini

b. adakah Kementerian berancang untuk membentang Rang Undang-Undang Warga Emas.

Thursday, August 7, 2025

Parliamentary Written Questions to Ministry of Energy Transition and Water Transformation(Mesyuarat Kedua ,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 06)

(Bahasa Melayu Version)

7 August 2025

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR menyatakan status Kolam Takungan Dwi-Fungsi Sungai Klang dan Sungai Rasau. Adakah status ini mengikut rancangan dan bilakah ia akan siap serta apakah langkah yang diambil Kementerian untuk memastikan projek siap mengikut garis masa.

Monday, August 4, 2025

Parliamentary Written Questions to Minister of Economy (Mesyuarat Kedua ,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 05)

(Bahasa Melayu Version)

4 August 2025 

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI EKONOMI menyatakan syarat bagi syarikat untuk mengakses ke Intellectual Property (IP) ARM. Adakah had jumlah IP yang boleh digunakan oleh sesebuah syarikat. Apakah sasaran Kementerian bagi jumlah penggunaan IP setiap tahun dalam tempoh 10 tahun ini dan sila huraikan lebih butiran berkenaan dengan ARM.

Thursday, July 31, 2025

Parliamentary Debate on RMK13 - Malnutrition and Early Childhood Education

Parliamentary Debate on RMK13 - Malnutrition and Early Childhood Education  |  31 July 2025

(Bahasa Melayu Version)


Parliamentary Debate on RKM13 - ARM Semiconductor Investment

ARM Semiconductor Investment  |   31 July 2025

(Bahasa Melayu Version)

1.    Perkara pertama yang ingin saya bangkitkan hari ini ialah Strategi Semikonduktor Nasional (National Semiconductor Strategy, NSS).

2.    Puchong mengalu-alukan hasrat murni kerajaan di RMK13 bagi melonjakkan industri semikonduktor Malaysia ke rantaian nilai industri yang lebih tinggi.

3.    Komitmen kerajaan untuk mencapai hasrat ini terbukti apabila kerajaan sanggup membayar USD250 juta, iaitu lebih daripada RM1 bilion, kepada ARM Holdings bagi kontrak 10 tahun, dengan tujuan memperkasa harta intelek semikonduktor Malaysia.

Speacial Chamber - PENGUBAHSUAIAN BAGI MENANGANI MASALAH KESESAKAN DI KLINIK KESIHATAN SERI KEMBANGAN

(Bahasa Melayu Version)

31 July 2025

Soalan

Puan Yeo Bee Yin [Puchong]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Perkara kedua yang saya ingin menyentuh ialah pengubahsuaian bagi menangani masalah kesesakan di Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Tuan Yang di-Pertua, hari ini Puchong ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat Menteri tentang keperluan untuk mengatasi masalah kesesakan di Klinik Kesihatan Seri Kembangan.

Tuan Yang di-Pertua, Klinik Kesihatan Seri Kembangan merupakan fasiliti Jenis 3, tetapi perkhidmatan yang perlu dibekalkan ialah Jenis 1 iaitu kedatangan pelanggan sehari melebihi 800 orang. Tambahan lagi, beban kerja klinik ini semakin meningkat dari 188,522 pada tahun 2021 ke 195,361 pada tahun 2022 dan 209,279 pada tahun 2023.

Sebahagian besar pelanggan di klinik ini adalah untuk ibu dan anak. Sesi klinik ibu dan anak menerima kedatangan sehari adalah antara 380 sehingga 420 orang, di mana pelbagai prosedur perlu dilakukan seperti pengambilan darah ibu hamil dan bayi jaundis, pap smear, aktiviti suntikan bayi dan ibu dan lain-lain lagi. Kedatangan klinik ibu dan anak dijangka semakin meningkat disebabkan pertumbuhan pangsapuri dan juga perumahan baharu di sekitar kawasan operasi Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Puchong menjangka bahawa kepadatan penduduk dalam lingkungan umur yang produktif akan terus meningkat dengan pembangunan projek perumahan seperti Affiniti Taman Bukit Serdang, Meta Residence, Jalan Atmosphere 2 serta Prestige Residence dan Galleria Wing di Taman Equine.

Tuan Yang di-Pertua, bangunan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak yang baharu telah pun dibina dan siap pada tahun 2021. Walau bagaimanapun, kapasiti bangunan ini tidak dapat menampung beban pelanggan. Ia telah menyebabkan penyampaian perkhidmatan klinik ibu dan anak terpaksa dibahagi kepada dua bangunan yang berbeza iaitu bangunan baharu klinik ibu dan anak serta bangunan utama. Sekarang, pelanggan di bangunan ibu dan anak masih perlu berjalan ke bangunan utama untuk melakukan prosedur seperti pemeriksaan air kencing, pengambilan darah, pemeriksaan jantung dan lain-lain.

Di samping itu, ruang menunggu di bahagian klinik ibu dan anak juga tidak mencukupi. Ini telah pun menyebabkan pelanggan terpaksa tunggu di luar bangunan, di bawah khemah sementara yang disediakan oleh klinik ataupun melimpah ke bangunan utama dan sekaligus menyebabkan kesesakan di bangunan utama juga. Dengan adanya had-had ini, pada Januari sehingga Oktober 2024, sebanyak empat aduan telah pun diterima berkaitan dengan perkhidmatan klinik ibu dan anak.

Tuan Yang di-Pertua, selepas perbincangan dengan pihak klinik, Puchong ingin cadangkan bahawa kementerian mengubah suai kuarters lama yang dekat dengan bangunan baru untuk menjadikannya sebahagian daripada klinik ibu dan anak. Ini adalah penyelesaian yang jauh lebih efektif daripada membina bangunan yang baharu.

Dengan itu, Puchong ingin mendapatkan pandangan kementerian tentang cadangan ini dan juga cabaran yang dialami oleh Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Sekian sahaja, terima kasih.

Jawapan 

Timbalan Menteri Kesihatan [Dato Lukanisman bin Awang Sauni]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Puchong atas keprihatinan berkenaan tentang isu-isu kesihatan di kawasan Parlimen Puchong.

Klinik Kesihatan Seri Kembangan yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Kesihatan Petaling merupakan klinik kesihatan dengan reka bentuk lama dan mula beroperasi pada tahun 1970. Klinik Kesihatan Seri Kembangan dikategorikan sebagai klinik Jenis 1 mengikut purata kedatangan pesakit harian iaitu seramai 1,317 orang sehari pada tahun 2024.

Berikutan kedatangan pesakit yang semakin meningkat, bangunan kuarters di facilities ini telah diubah suai dan ditukar fungsi kepada Unit Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak pada tahun 2021. Kedatangan pesakit bagi perkhidmatan kesihatan ibu dan anak bagi tahun 2024 adalah sebanyak 203,141 pesakit. Sehingga bulan Jun 2025, bilangan pesakit adalah sebanyak 81,648 dengan purata kedatangan pesakit harian adalah seramai 638 orang sehari.

Perkhidmatan kesihatan ibu dan anak di Klinik Kesihatan Seri Kembangan buat masa ini dijalankan di dua bahagian bangunan berasingan iaitu bangunan utama klinik yang menyediakan perkhidmatan konsultasi, pengambilan sampel darah, perkhidmatan makmal dan farmasi. Bangunan kuarters yang telah ditukar fungsi pada tahun 2021 dan menyediakan perkhidmatan konsultasi kepada pesakit selepas melakukan pendaftaran di bangunan utama. Bangunan kuarters yang telah diubah suai ini dilengkapi dengan enam bilik rawatan dengan perkhidmatan dijalankan oleh empat orang pegawai perubatan dan sembilan orang jururawat.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah maklum berkenaan isu kesesakan yang dibangkitkan di Unit Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak dan telah mengambil langkah-langkah merealisasikan cadangan penambahbaikan perkhidmatan. Bagi tujuan tersebut, bangunan kuarters bersebelahan dengan bangunan unit kesihatan ibu dan anak sedia ada dicadangkan sebagai bangunan tambahan bagi menampung keperluan perkhidmatan yang semakin meningkat. Pejabat Kesihatan Daerah Petaling sedang dalam proses untuk melengkapkan senarai semak dokumen tukar fungsi yang mana ia memerlukan ulasan daripada beberapa agensi teknikal berkaitan.

Sebelum pengubahsuaian bangunan dilakukan, permohonan peruntukan untuk ubah suai Kuarters Klinik Kesihatan Seri Kembangan akan dipohon di bawah peruntukan pembangunan BP6 pada tahun 2026 kelak. Perancangan jangka pendek yang sedang dilaksanakan bagi mengatasi kesesakan dan mengurangkan masa menunggu pesakit yang hadir ke KKIA adalah seperti berikut:

(i)

mengoptimumkan penggunaan konsultasi secara maya ataupun virtual clinic bagi pesakit yang stabil;

(ii)

menyusun atur janji temu pesakit dalam sistem MySejahtera secara berperingkat;

(iii)

mengadakan kawalan dalaman bagi mengurangkan kesesakan klinik iaitu dengan membenarkan hanya pesakit dan seorang pengiring sahaja untuk menunggu di dalam klinik; dan

(iv)

menyediakan ruang menunggu tambahan di luar unit kesihatan ibu dan anak.

Bagi perancangan jangka panjang untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Seri Kembangan, Kementerian Kesihatan Malaysia mencadangkan pembinaan bangunan baharu bagi KK Seri Kembangan. KKM sedang dalam proses mencari dan juga mendapatkan perolehan tapak atau bangunan di kawasan Seri Kembangan bagi pembinaan klinik kesihatan yang baharu. KKM juga amat mengalu-alukan cadangan dan jasa baik kerajaan negeri dan Yang Berhormat kawasan untuk membantu bagi mengenal pasti dan mendapatkan tapak baharu bagi pembinaan klinik ini. Sekian, terima kasih.

Puan Yeo Bee Yin [Puchong]: Ya, saya nak dapatkan sikit penjelasan berkenaan dengan kuarters yang sebelah tu. Adakah peruntukan hanya boleh dipohon tahun depan? Maksudnya mungkin projek akan start 2027 sahaja.

Dato Lukanisman bin Awang Sauni: Bagi peruntukan BP6 Yang Berhormat, peruntukan akan digunakan pada tahun semasa. Bermaksud kita sekarang pada tahun ini kita sedang mendapatkan maklum balas daripada bahagian-bahagian tertentu terutama sekali bahagian kejuruteraan dan kita telah pun menyenarai utamakan projek ini di dalam BP6. Setelah kita mendapatkan peruntukan, kita akan laksanakan pada tahun semasa. Sebagai contoh, sekiranya budget dengan izin kita dapat pada bulan Mac ataupun April dalam proses tender memakan masa satu ataupun dua bulan, tempoh pelaksanaan akan mengambil masa tiga bulan kebiasaannya. So by end of 2026, kita akan mendapatkan facilities yang telah dinaik taraf. Okey, terima kasih.

Special Chamber - Masalah Kesesakan Jalan Putra Permai dan Jalan Besar Seri Kembangan

(Bahasa Melayu Version)

31 Julai 2025

Soalan

Puan Yeo Bee Yin [Puchong] : Terima kasih Tuan Speaker kerana izinkan Puchong untuk membawa beberapa isu yang berkenaan dengan kawasan Parlimen Puchong.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri berkenaan masalah kesesakan di Jalan Putra Permai dan Jalan Besar Seri Kembangan. Jalan ini adalah nadi utama yang menyokong pembangunan ekonomi dan sosioekonomi kawasan tersebut, menghubungkan kawasan perumahan seperti Kota Perdana, Taman Putra Permai, Taman Equine, Lestari Perdana dan Taman Prima Tropika serta menghubungkan Puchong, Seri Kembangan, Bandar Sierra dan Cyberjaya. Namun, pembangunan pesat di kawasan sekitar menyebabkan kesesakan trafik yang sangat serius, terutama ketika waktu puncak. Kesesakan ini turut spillover ke Lebuhraya Damansara–Puchong (LDP) dan Lebuhraya Putrajaya–Cyberjaya di Serdang Interchange menyebabkan gangguan yang meluas.

Parliamentary Written Questions to Minister of Works (Mesyuarat Kedua ,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 04)

 (Bahasa Melayu Version)

31 July 2025

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan :

a. apakah status sebenar Lebuh Raya MEX II. Adakah kelulusan agensi Kerajaan diperlukan sebelum Maju Group membuat tuntutan. Apakah langkah Kementerian untuk memastikan situasi seperti ini tidak diulangi

b. berapakah dana diperlukan untuk siapkan projek dan adakah tambahan ini akan menyebabkan peningkatan tol.

Tuesday, July 29, 2025

Parliamentary Written Questions to Minister of Economy (Mesyuarat Kedua ,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 03)

(Bahasa Melayu Version)

29 July 2025

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI EKONOMI menyatakan adakah perjanjian USD 250 bilion dengan ARM telah dimuktamadkan.

a. berapakah jumlah syarikat IC design yang boleh mengakses ke Intellectual Property (IP) ARM. Adakah ia merangkumi kedua-dua lesen dan royalti

b. adakah bayaran Kerajaan kepada ARM mengikut kadar peggunaan ( utilization rate).

Friday, July 25, 2025

Debate on The Consumer Credit Bill | 21 July 2025

 21 July 2025, Monday (Bahasa Melayu Version)


1.    Terima kasih Tuan Speaker memberi peluang kepada Puchong untuk membahas Rang Undang-Undang Kredit Pengguna.

2.    Pembentangan RUU ini adalah perlu dan tepat tepat pada masanya dengan pertumbuhan pesat perkhidmatan "Beli Sekarang, Bayar Kemudian" (BNPL).

 

Wednesday, July 23, 2025

Parliamentary Written Questions to Minister of Women, Family and Community Development (Mesyuarat Kedua ,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 02)

 Bahasa Malaysian Version

23 July 2025

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :

a. berapa kes kematian kanak-kanak akibat kecuaian dan penderaan serta berapakah yang didakwa dan disabitkan kesalahan pada tahun 2020 hingga 2024

b. apakah langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengelak kematian ini

Tuesday, July 22, 2025

Parliamentary Written Questions to Minister of Health (Mesyuarat Kedua ,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 01)

 Bahasa Malaysia Version

22 July 2025

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa jumlah pesakit dalam senarai menunggu dan berapakah purata tempoh masa seseorang perlu menunggu untuk mendapat giliran bagi pembedahan katarak, batu karang ginjal, pembedahan yang melibatkan jantung seperti bypass, pembedahan injap jantung, Arrhythmia dan jantung Kongenital serta pembedahan yang melibatkan paru-paru.

Monday, May 5, 2025

Debate on the Special Meeting regarding the Announcement of Retaliatory Tariffs by the United States

 5 May 2025, Monday (Bahasa Melayu Version)

1.    Terima kasih Tuan Speaker izinkan Puchong untuk membahas topik yang memberi impak kepada Malaysia bukan sahaja satu dua tahun ini tetapi dalam jangka masa panjang.

 Tuan Speaker,

2.    Pada 3hb April yang lalu, President Trump telah mengejutkan seluruh dunia dengan pegumuman tarif balas yang tinggi kepada hampir semua negara yang berdagang dengannya.

3.    Sarah Bianchi dari Evercore ISI menyatakan bahawa polisi baru ini, jika tidak disemak semula adalah lebih tinggi daripada tahap yang ditetapkan oleh Akta Tarif Smoot-Hawley pada tahun 1930.

Wednesday, March 12, 2025

Parliamentary Written Questions to Minister of Health (Mesyuarat Pertama,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 01)

Bahasa Malaysia Version

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :

a. Adakah Kementerian merancang untuk menaik taraf Klinik Kesihatan (KK) Seri Kembangan memandangkan ia perlu mengendali lebih daripada 800 orang pesakit sehari tetapi fasilitinya hanya adalah jenis 3

b. Rancangan Kementerian untuk menangani kesesakan serius bahagian Ibu dan Anak di KK Seri Kembangan.

Parliamentary Written Questions to Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability (Mesyuarat Pertama,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 02)

Bahasa Malaysia Version

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN

KELESTARIAN ALAM menyatakan :

a. Status 25 stesen Photo-Ionised-Detectors (PID) yang dipasang di Pasir Gudang pada Februari 2020. Adakah ia berkesan dalam memberi amaran awal pencemaran. Nyatakan statistik

b. Status dan kadar penggunaan stesyen bergerak Gas-Chromatography-Mass- Spectrometry (GCMS) yang telah diperoleh selepas krisis Sungai Kim Kim.Nyatakan statistik.

Parliamentary Written Questions to Minister of Finance (Mesyuarat Pertama,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 03)

Bahasa Malaysia Version

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :

a. status penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)

b. mengapa MAHB menerima tawaran RM11 per syer apabila penasihat Hong Leong Investment Bank berpendapat bahawa tawaran ini adalah 'unfair' dan kelima-lima pengarah bebas berpendapat 'unfair' dan 'unreasonable'

Parliamentary Written Questions to Minister of Works (Mesyuarat Pertama,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 04)

Bahasa Malaysia Version

 SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :

a. rancangan Kerajaan dalam menangani kesesakan di Jalan Besar Seri Kembangan

b. lorong pusingan U di Jalan Besar Seri Kembangan telahpun ditutup tanpa dinaik taraf. Apakah sebab dan rancangan.

Parliamentary Written Questions to Minister of Works (Mesyuarat Pertama,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 05)

Bahasa Malaysia Version 

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan :

a. langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah kesesakan di sepanjang Jalan Putra Permai termasuk interchange yang menghubunginya ke lebuh raya

b. status perancangan/pembinaan flyover di simpang Jalan Putra Permai dan Jalan Prima Tropika (depan Giant Seri Kembangan).

Monday, March 3, 2025

Dewan Rakyat Oral Question 2025 to the Minister of Health | 3 March 2025

3 MAC 2025 (ISNIN), Bahasa Malaysia Version

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk memastikan bayaran yang dikenakan oleh hospital swasta adalah sama di antara pemegang insurans dan bukan pemegang insurans. Begitu juga antara pembayaran menggunakan surat jaminan dan pembayaran pay-and-claim.

Dewan Rakyat Oral Question 2025 to the Minister of Health | 3 March 2025

3 MAC 2025 (ISNIN), Bahasa Malaysia Version

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan rancangan Kementerian bagi mengawal inflasi kos kesihatan swasta di Malaysia (lebih daripada 10%) supaya setaraf dengan atau kurang daripada purata inflasi global (kira-kira 5%) setiap tahun.

Wednesday, February 26, 2025

Dewan Rakyat Oral Question 2025 to the Minister of Transport | 26 February 2025

 26 FEBRUARI 2025, RABU (Bahasa Malaysia Version)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :

a. bilakah perkhidmatan aerotrain Kuala Lumpur International Airport akan dikembalikan

b. langkah yang diambil supaya gangguan perkhidmatan aerotrain yang berpanjangan ini tidak diulangi pada masa hadapan.

Thursday, February 20, 2025

Dewan Rakyat Oral Question 2025 to the Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability | 20 February 2025

20 February 2025, Thursday (Bahasa Malaysia Version)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :

(a) langkah-langkah yang diambil untuk merekod/mengintegrasi data pergerakan bahan kimia berbahaya (bagi manusia dan/atau alam sekitar) di seluruh rantaian pergerakan dari import/penghasilan sehingga pelupusan untuk memudahkan siasatan kes pencemaran

(b) adakah Kementerian berancang untuk membentangkan Akta Takbir Urus Bahan Kimia.

Wednesday, February 19, 2025

Dewan Rakyat Oral Question 2025 to the Minister of Health | 19 February 2025

 19 February 2025, Wednesday (Bahasa Malaysia Version)

SOALAN

YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :

(a) berapa jumlah pegawai perubatan psikiatri dan psikologi di hospital Kerajaan berbanding permintaan. Apakah purata tempoh menunggu untuk mendapat perkhidmatan pakar

(b) langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan kesihatan mental juga dilindungi dalam pakej insurans kesihatan.

Thursday, February 13, 2025

Dewan Rakyat Oral Question 2025 to the Minister of Health | 13 February 2025

 13 February 2025, Wednesday  (Bahasa Malaysia Version)

SOALAN

YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :

(a) jumlah klinik kesihatan di Malaysia mengikut jenis. Berapa antaranya menampung jumlah pesakit yang lebih daripada jenis fasiliti yang disediakan.

(b) rancangan Kementerian untuk mengurangkan jurang ini.

Wednesday, February 12, 2025

Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja 2025 | 12 February 2025

 12 February 2025, Wednesday (Bahasa Malaysia version)


  1. Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan junjung kasih titah tuanku. 


Pembasmian Kemiskinan di Masyarakat India 



Tan Sri, 


  1. Puchong ingin memulakan perbahasan saya dengan berkongsi tentang hidup seorang ibu tunggal di kawasan saya yang bernama Kavitha. 


  1. Pada musim Deepavali yang lalu, saya telah melawat Kavitha di Pangsapuri Aman. 


  1. Apabila saya masuk ke rumah, apa yang tertera di depan mata saya ialah ruang tamu yang kosong, tiada sofa, tiada TV, tiada apa-apa, hanya beberapa kerusi plastik. 

Thursday, February 6, 2025

Dewan Rakyat Oral Question 2025 to the Minister of Finance | 6 February 2025

6 February 2025, Thursday (Bahasa Malaysia Version)

SOALAN

YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :

(a)isu pertikaian undang-undang antara Kerajaan dan Mulia Group berkenaan dengan pemilikan Exchange 106

(b) kadar occupancy dan purata kadar sewaan Exchange 106 terkini. Apakah anggaran capitalisation rate. Adakah pulangan pelaburan Kerajaan dalam Exchange 106 berbaloi.


Wednesday, February 5, 2025

Dewan Rakyat Oral Question 2025 to the Minister of Health | 5 February 2025

5 Februari 2025, Wednesday  (Bahasa Malaysia Version)

SOALAN

YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status Tabung Amanah Penyakit Jarang Jumpa.

(a) jumlah dana terkini dan berapa penerima yang telah bermanfaat sejak penubuhan tabung sehingga kini

 (b) insentif bagi penderma dan adakah rancangan untuk membuat penambaikan.