Friday, June 13, 2014

KIDEX akan memakan kos RM 3 bilion

Kenyataan media oleh Yeo Bee Yin, ADUN Damansara Utama pada hari 8 Jun 2014.

Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) akan memakan kos pembinaan tertinggi untuk setiap kilometer, berbanding laluan bertol lain, dengan jumlah kos melebihi RM 3 bilion.

Lebuhraya KIDEX sepanjang 14.9km akan memakan kos sebanyak RM 2.4 bilion, iaitu RM161 juta bagi setiap satu kilometer. Jadual di bawah menunjukkan kos pembinaan per-kilometer bagi kesemua laluan bertol. Ia menunjukkan bahawa jika KIDEX dibina, kos pembinaan per-kilometer KIDEX adalah yang tertinggi dalam sejarah laluan bertol di Malaysia.

Tambahan pula, jumlah RM 2.4 bilion itu belum pun mengambil kira kos pengambil-alihan tanah.

Penilaian Kesan Alam Sekitar awal bagi KIDEX menyatakan bahawa 290 lot tanah berjumlah 15.15 hektar akan terpaksa diambil-alih demi membuka jalan kepada pembinaan lebuhraya tersebut.

Menurut nilai pasaran semasa terhadap tanah di sepanjang jajaran yang dicadangkan, adalah dianggarkan bahawa kos sekitar RM700 juta ke RM 1 bilion diperlukan untuk melakukan pengambil-alihan terhadap tanah pada skala sedemikian mengikut prosedur yang dinyatakan dalam Akta Pengambilan Tanah. Ini akan membawa jumlah besar kos KIDEX menjadi sehingga RM3.1 bilion hingga RM3.4 bilion.

Lebuhraya bertingkat yang merentas bandaraya yang telah matang, serta memakan belanja pembinaan per-kilometer lebih RM3 bilion wang rakyat pastinya perlu diselidik dan dijamin ketelusannya.

Kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan, yang telah memberi persetujuan secara prinsip dan kelulusan bersyarat masing-masing mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa manfaat daripada pembinaan KIDEX adalah melebihi isu kosnya, dan tidak ada pilihan lain (seperti pengangkutan awam) sebelum membuat keputusan sama ada untuk meluluskan projek tersebut atau sebaliknya.

Senarai jalan bertol
Kos pembinaan
 (RM million)
Jarak lebuhraya
(km)
Kos per-km (RM million)
North-South Expressway (NSE Northern Route)
5,945
456
13.04
New Klang Valley Expressway (NKVE)
1,000
35
28.57
Second Link Expressway
1,149
44
26.11
Shah Alam Expressway (KESAS)
1,300
35
37.68
Central Link (ELITE)
1,000
60
16.67
Cheras-Kajang Expressway
336
12
28.72
Karak Expressway
568
60
9.47
New Pantai Expressway
1,360
20
69.39
Damansara Puchong Expressway (LDP)
1,327
40
33.18
Ampang KL Elevated Highway (AKLEH)
751
8
95.06
Kemuning-Shah Alam Highway (LKSA)
750
15
51.02
Butterworth Kulim Expressway (BKE)
256
17
15.06
Butterworth Outer Ring Road (BORR)
480
14
34.29
Kajang Dispersal Link Expressway (SILK)
800
37
21.62
Maju Expressway (MEX)
1,320
42
31.43
Kajang Seremban Highway (LEKAS)
900
44
20.32
Senai Desaru Expressway (SDE)
1,300
77
16.88
Sprint Expressway
1,184
27
44.68
KL Kuala Selangor Expressway (LATAR)
958
32
29.94
South Klang Valley Expressway (SKVE)
1,100
52
21.28
Seremban Port Dickson Highway
142
23
6.17
Duta Ulu Klang Expressway (DUKE)
1,166
18
64.78
Guthrie Corridor Expressway
501
25
20.04